Saturday, November 21, 2009

Panduan Menjawab Soalan



Ini adalah amanat terakhir dari saya kepada semua calon 940/2. Pastikan apabila menjawab soalan anda mengambil berat aspek format jawapan iaitu mesti ada bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan.


Untuk menulis pengenalan pastikan setiap ayat yang dibina mempunyai kepentingan yang khusus, misalnya ayat pertama untuk menerangkan definisi, ayat kedua untuk memberikan latar belakang dan ayat ketiga menyentuh kehendak soalan.


Untuk penulisan perenggan isi, amat penting bagi setiap calon menyatakan fakta isi dengan tepat. Selain itu, huraian , contoh serta penegasan kepada isi utama harus dinayatakan dengan lancar dan dapat memikat minat pemeriksa. Juga hendaklah pastikan bahawa ayat terakhir dalam perenggan isi itu dapat menegaskan semula akan fakta yang diberi pada permulaan perenggan tadi.


Akhirnya bagi menulis perenggan kesimpulan, sila tentukan bahawa anda dengan jelas menulis bahawa itu adalah perenggan kesimpulan (sebagai contoh ...... Sebagai kesimpulannya adalah jelas bahawa ........) Jika anda dapat membuat perkembangan kepada persoalan yang ditulis dalam esei, maka ia adalah amat bagus dan dapat membantu mengukuhkan lagi kesimpulan anda.


Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Selamat berjuang pada 30 November, 2009. Salam bahagia.

No comments:

Post a Comment