Saturday, May 29, 2010

Selamat Datang Pelajar 6 Bawah (Pra-U)

Salam bahagia dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua calon sejarah STPM 2011. Tahniah kerana terpilih untuk menyertai program tingkatan enam.

Mulai dari saat ini anda hendaklah menanamkan semangat ingin berjaya dan serius dalam mengikuti program ini. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar dan anda akan mendapat ganjarannya kelak.

Bagi subjek Sejarah, telah saya tegaskan kepada calon-calon bahawa, perlu ada kerajinan, kebolehan dan kewibawaan dalam menyediakan diri untuk subjek ini. Jangan ambil mudah. Tidak ramai yang capai kejayaan cemerlang dalam SPM tempoh hari. Nah, gunakan peluang ini untuk buktikan bahawa kegagalan masa lalu dapat ditebus..

Jadikan STPM 2011 sebagai asas kepada kejayaan anda masa hadapan.

Tajuk Sejarah Malaysia :

Tema 1 - Masyarakat Tempatan

a. Institusi Pemerintahan
b. Hukum Adat
c. Sistem Sosial , Agama , Kepercayaan
d. Sistem Ekonomi

Selesaikan tajuk-tajuk ini dengan baik. Tema ini sangat penting.