Monday, February 28, 2011

Salam hormat dari Pengarang


Pelajar-pelajar terbaik STPM 2010


Antara guru dan murid yang berjaya dalam STPM




Taklimat Pengetua bersama guru-guru tingkatan enam

Apa khabar semua. Keputusan STPM 2010 baru sahaja diumumkan minggu lalu. Bagaimana dengan anda ? Kepada yang berjaya tahniah diucapkan , namun kepada yang gagal , usaha lagi sehingga anda berjaya. Kegagalan kali ini tidak bermakna anda akan gagal selamanya.

Keputusan sejarah SMKMA agak merosot sedikit berbanding dengan tahun 2009. Prestasi kertas dua jauh lebih baik dimana 10 calon mendapat A dan 5 calon mendapat A- dan peratus lulus melebihi 80 %. Namun demikian akibat tidak seimbang dengan kertas 1, maka ia telah menjejaskan prestasi keseluruhan kertas ini.

Seringkali peringatan diberi kepada calon bahawa amat penting untuk mendapat markah yang baik bagi kedua-dua kertas. Jika tidak inilah akibatnya.

Kepada calon-calon 2011, saya harap dan doakan agar anda lebih bersedia kali ini. Jangan tunggu hingga saat akhir. Wujudkan segera kumpulan perbincangan kerana inilah antara faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan anda.

Program kelas tambahan masa cuti dan harian akan bermula selepas cuti pertengahan penggal pertama. Pastikan anda cukup bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengadapi cabaran ini.

Salam hormat dari saya.
Lihatlah gambar-gambar di atas pada hari calon-calon 2010 menerima keputusan masing-masing.