Tuesday, September 27, 2011

Latihan Sejarah

1.Jelaskan peranan penghulu dalam masyarakat Melayu dan kesan campurtangan British terhadap institusi ini.

Pendahuluan (2/3m)

Kampung merupakan unit politik terkecil, ditadbir oleh penghulu/penggawa kecuali di Negeri Sembilan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, penghulu memainkan peranan sebagai orang perantara antara pembesar daerah dengan penduduk di kawasannya.

Penghulu dilantik oleh raja dan mempunyai kuasa mutlak di peringkat kampung . Jawatan penghulu dipilih berdasarkan keturunan pegawai istana. Sebelum kedatangan British penghulu tidak diberi gaji/elaun tetapi pendapatannya bergantung kepada hasil cukai. Selepas kedatangan British peranan penghulu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh residen British.

Isi-isi
i. Peranan penghulu dalam masyarakat Melayu sebelum campurtangan British (10m)

a) Tugas-tugas penghulu
- Menjaga keamanan kampung dengan menyelesaikan segala masalah secara perbincangan
- Menangkap penjenayah, membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
- Menyediakan tenaga buruh di bawah sistem kerah, memungut cukai
- Memastikan penduduk taat setia kepada sultan, melaksanakan tugas yang dikehendaki oleh pembesar daerah

b) Penghulu berkuasa penuh kepada anak buahnya. Kadangkala sebahagian daripada penduduk kampung terdiri daripada saudara maranya. Penghulu merupakan ahli keluarga tertua dalam kampung itu.
c) Penghulu merupakan orang perantaraan antara pembesar daerah dengan penduduk di kawasannya.
d) Sekurang-kurangnya sekali dalam setahun penghulu perlu menghadap raja (menjunjung duli) jika tidak jawatannya sebagai penghulu boleh dilucutkan.

ii. Kesan campurtangan British terhadap kedudukan dan kuasa penghulu (10m)

a) Tugas-tugas penghulu
- Melaksanakan segala undang-undang kerajaan di kawasan jagaannya
- Mengutip cukai bagi pihak kerajaan dengan kebenaran menyimpan 10% cukai untuk kegunaan sendiri.
- Menjaga keamanan dan menyelesaikan pertikaian antara anak buahnya.
- Memberikan tanah kepada pemohon.
- Menghakimi kes-kes jenayah yang kurang penting dan menjatuhkan hukuman

b) Selepas campurtangan British, pencalonan, pelantikan, pemecatan, penetapan kuasa, tugas dan tanggung jawab penghulu dilakukan oleh residen dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan bukan oleh pembesar daerah.

c) Penghulu menerima gaji, diberi pencen dan berpendidikan.

d) Tugas-tugas penghulu diperluaskan lagi selepas tahun 1897, iaitu mengikut undang-undang Tanah 1903, penghulu dirujuk sebagai saksi yang rasmi kepada semua tandatangan.

e) Penghulu juga menjalankan tugas tidak rasmi seperti mengurus dan melayan pegawai yang datang dari luar.

f) Mahkamah Penghulu dibentuk bagi tujuan membicarakan kes-kes kecil yang dilakukan oleh rakyat di kawasannya.


Kesimpulan (2/3m)

Kedudukan institusi penghulu telah mengalami perubahan yang jelas selepas campurtangan British. Sumber kuasa penghulu datangnya dari tangan pegawai-pegawai British dan penghulu adalah kaki tangan kerajaan yang begaji tetap dan tertakluk di bawah undang-undang negeri.

























2. Huraikan kesan sosio-ekonomi di Tanah Melayu akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah pada awal abad ke- 20.

Pengenalan (2/3m)
1. Perkembangan perusahan bijih timah diikuti dengan perusahaan getah berikutan campur tangan British di Negeri- Negeri Melayu pada tahun 1874. Kedua-dua kegiatan ini menjadi nadi dan sumber pendapatan utama Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

Isi-isi (20m)
a. Kesan sosial
1. Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak pertengahan dan penghujung abad ke 19 telah membentuk masyarakat majmuk .
2. Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan kehadiran kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada.
3. Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan perlombongan serta orang India di kawasan ladang.
4. Pada dasarnya hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah bersesuaian dengan matlamat dasar “pecah dan perintah”yang diamalkan oleh kerajaan British.
5. Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut kaum .

b. Kesan ekonomi
1. Kemajuan pesat perusahaan bijih timah dan getah secara langsung meningkatkan pendapatan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu
2. Perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu dalam bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan, perkilangan dan sebagai buruh kasar di lombong dan ladang.
3 Penghijrahan kaum Cina dan India telah mewujudkan pemisahan ekonomi mengikut kaum iaitu orang Melayu dalam pertanian sara diri, orang Cina dalam perlombongan dan perniagaan dan orang India dalam sektor perladangan .
4. Kemajuan ekonomi komersial ini walau bagaimanapun tidak menguntungkan orang Melayu malahan orang Melayu semakin ketinggalan dari segi ekonomi.
5. Syarikat Eropah dan syarikat Cina telah mendominasi kedua-dua perusahaan ini.
6. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membentuk beberapa bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.
7. Kerajaan British telah membina dan membangunkan sistem perhubungan moden iaitu jalan kereta api dan jalan raya bagi kemudahan pengangkutan dan pemasaran bahan tersebut dari kawasan pengeluaran ke pekan serta kawasan pelabuhan.
8. Kemajuan pelabuhan Port Weld, Kelang, Pulau Pinang dan Singapura dikaitkan dengan perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
9. Perkembangan perusahaan bijih dan getah juga telah memperkenalkan beberapa teknologi baru seperti kapal korek yang berkeupayaan tinggi mengeluarkan bijih.

Kesimpulan (2/3m)
1. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah adalah asas pembentukan ekonomi berbentuk komersial di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan 20.
2. Perkembangan kedua-dua perusahan ini bukan saja membantu perkembangan ekonomi bahkan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.























3. Bincangkan perkembangan pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga perang dunia kedua.

Pendahuluan [2/3m]

1. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan dibawah Jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.

2. Dasar desentralisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.

Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat [12m]

1. Rasa tidak puas hati sultan-sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.

2. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat British untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. British berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.

3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Disamping itu kerajaan British juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai . Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.

4. Perebutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantu pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Residen Jeneral akan dapat dikurangkan.

5. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.









Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi [8m]

1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat.

2. Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.

3. Sir Lawrence Gulliemard telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.

4. Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses desentralisasi.


Kesimpulan [2/3m]

Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.


































4. Bincangkan kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu .


Pendahuluan [2/3m]

1. Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai Februari 1942 hingga 12 September 1945.
2. Pendudukan Jepun selama 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

A. Kesan politik [8m]

- Menyemarakkan semangat nasionalisme , Kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.
- Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.
- Kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. Membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu (KMM, PETA, KRIS)

B. Kesan Ekonomi [6m]

• Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.
• Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma. Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.
• Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. Perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport. Perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun. Orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.
• Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.


C. Kesan sosial [6m]

• Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.
• Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.
• Tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis .
• Pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.
• Dasar Niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu.


Kesimpulan [2/3m]

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu. Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan




































5. Bincangkan ciri-ciri dan reaksi penduduk terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Pengenalan [2/3m]

Tentangan hebat yang diterima daripada pelbagai pihak khususnya orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union telah mendorong kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 bagi menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union. Pada 21 Januari 1948, dengan persetujuan Raja-raja Melayu, Kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi pada 1 Februari 1948.

A Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu [12m]

1 Persekutuan Tanah Melayu meliputi sembilan buah negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
2 Singapura kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota Inggeris.
3 Kerajaan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi yang dilantik oleh baginda Queen dan dibantu oleh sebuah Majlis Perundangan Persekutuan.
4. Kuasa Sultan dipulihkan dan berkuasa menasihati Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan. Sultan mengetuai kerajaan negeri masing-masing. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
5. Pengagihan kuasa antara negeri dan pusat(senarai negeri dan persekutuan). Kerajaan Pusat menguasai bidang pertahanan dan kewangan. Kerajaan Negeri berkuasa menguruskan hal-hal kerajaan tempatan seperti kesihatan dan pendidikan.
6. Syarat-syarat pemberian kerakyatan diperketatkan kepada orang asing. Kedudukan istimewa orang Melayu terus terpelihara dan orang bukan Melayu yang menjadi warganegara juga akan mendapat hak-hak sewajarnya sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
7. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.


B Reaksi Penduduk Tanah Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu [8m]

1. UMNO – menyokong dan menerima syarat yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu.
2. Kaum bukan Melayu dipimpin oleh Datuk Tan Cheng Lock telah menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) – menentang penubuhan PTM.
3. AMCJA adalah gabungan Kesatuan Demokratik Melayu, Kongres India Malaya (MIC),Malayan People’s Anti-Japanese Ex-Service Comrades Association dan Pan-Malayan Federation Of Trade Unions. Antara tuntutan AMCJA adalah:-

- Menyatukan seluruh Tanah Melayu dan Singapura.
- Menubuhkan Majlis Perundangan Pusat dan ahlinya dipilih oleh rakyat.
- Menuntut hak politik yang sama rata bagi semua orang.
- Sultan kekal sebagai pemerintah berdaulat dan berperlembagaan dan bersedia menerima nasihat rakyat melalui badan-badan demokrasi.
- Agama Islam dan adat istiadat Melayu haruslah dikuasai oleh orang Melayu.
- Kemajuan orang Melayu-orang Melayu haruslah diutamakan.

4. PUTERA merupakan golongan Melayu berhaluan kiri yang tidak sependapat dengan perjuangan UMNO. PUTERA adalah gabungan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Gerakan Rakyat Malaya (GERAM).Antara tuntutan PUTERA adalah :-



- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di Tanah Melayu.
- Hal ehwal luar negeri dan soal pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
- Istilah ’Melayu’ diguna pakai sebagai nama kerakyatan dan warganegara Tanah Melayu.
- Bendera kebangsaan negara hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.

5. Gabungan PUTERA dan AMCJA (1947)

Meluluskan perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Rakyat yang mengesyorkan 10 prinsip perjuangan tetapi ditolak oleh kerajaan British. Kesannya mereka mengadakan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947.

Kesimpulan [2/3m]

Perjuangan UMNO yang lebih pro-British lebih menampakkan hasil. Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persetujuan turut diterima daripada Raja-raja Melayu. Oleh itu, Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.





































6. Huraikan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Tanah Melayu sehingga tahun 1963.

Pendahuluan (2/3m)

Pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen, pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat

Isi (20m)

1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
Amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisional. Prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeri. Sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlak. Semasa penjajahan British pula, Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyat.

Pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada 16 September 1963, Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen
a) Raja Berperlembagaan
Ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung. Baginda ialah raja berperlembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat.

b) Ketua Negeri
Setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai, ketua negeri Perlis digelar Raja, Ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan, Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan, Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri

(c) Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957, perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang menentukan corak pemerintahan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara. Setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri.

(d) Parlimen
Kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara, Badan Perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan Malaysia terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan (2/3m)

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat. Demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.


7. Huraikan sistem feudal masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa Barat.

Pengenalan (2/3m)

1. Masyarakat China dan Jepun bersifat feudal, iaitu satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu-individu tertentu bukan oleh kerajaan pusat. Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Dalam zaman Dinasti Ching (1644-1911) masyarakat China terdiri daripada lima kelas selepas maharaja dan pembesar iaitu sarjana, petani, tukang mahir, saudagar dan rakyat biasa.
2. Masyarakat zaman Shogun Tokuguwa terdiri daripada daimyo, samurai, petani dan saudagar.

China (10m)

1. Maharaja menduduki tunggak kerajaan. Maharaja mempunyai kuasa mutlak ke atas pemerintahan, negara, rakyat dan tanah. Maharaja dianggap sebagai ‘Anak Syurga’ yang mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah. Maharaja dipertanggungjawabkan sebarang malapetaka seperti banjir, kemarau, gempa bumi, kebuluran dan penyakit yang menimpa rakyat. Kegagalan maharaja untuk melindungi rakyat bermakna maharaja telah hilang mandat memerintah dari Tuhan. Maharaja tersebut akan diguling melalui pemberontakan dan diganti dengan pemerintah yang baru.
2. Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah bangsawan atau pembesar. Mereka ditauliahkan kuasa pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja juga menganugerahkan tanah kepada bangsawan dan pembesar.
3. Penduduk negara China dianggarkan melebihi 362,000,000 orang pada abad ke-19, terbahagi kepada lima golongan mengikut pekerjaan masing-masing. Golongan terpelajar (sarjana) mempunyai darjat paling tinggi. Golongan terpelajar ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinati Han mempunyai empat tahap peperiksaan iaitu Peperiksaan Bandar, Peperiksaan Wilayah, dan Peperiksaan Istana yang dijalankan oleh maharaja sendiri. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kepada kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.
4. Petani ialah golongan kedua. Lebih kurang 80% penduduk China adalah petani yang bertanggungjawab mengeluarkan makanan yang cukup bagi seluruh penduduk China. Merekalah yang menentukan kemampuan di dalam negara yang serba mencukupi itu.
5. Tukang-tukang mahir menduduki golongan ketiga. Ini diikuti oleh golongan saudagar. China mengamalkan dasar tutup pintu yang anti perdagangan. Kegiatan perdagangan dianggap sebagai pekerjaan hina. Golongan yang paling bawah golongannya ialah askar dan orang gaji. Askar terdiri daripada banduan yang dijatuhi hukuman.

Jepun (10m)

1. Pada zaman Tokugawa (1603-1867) hierarki sosial terdiri daripada beberapa kelas iaitu daimyo, samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.
2. Maharaja sebagai simbol perpaduan. Kuasa pemerintahan sebenar terletak pada Shogun Tokugawa dengan bantuan daimyo. Daimyo Fudai terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya yang membantu Tokugawa menguasai pemerintahan. Mereka dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Tozama dengan mengawasi tindak tanduk mereka, melucutkan jawatan kerajaan mereka di Yedo, melarang mereka memasuki istana maharaja di Kyoto.
3. Samurai (kelas panglima) mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. Berfungsi memelihara kepentingan daimyo. Kadang kala dikehendaki mempertahankan negara. Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan yang lain walaupun negara dalam keadaan aman.
4. Dalam kalangan rakyat biasa, petani menduduki tempat yang tertinggi. Petani mengeluarkan beras untuk masyarakat Jepun. Mereka membayar sebahagian besar cukai. Tambahan pula Jepun merupakan negara pertanian.
5. Dibawah petani ialah tukang-tukang mahir yang membuat pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberikan penghormatan kerana memberi sumbangan kepada masyarakat.
6. Kelas pedagang terletak di bawah petani dan tukang mahir. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan mobiliti sosial. Keadaan aman mengakibatkan ekonomi berkembang. Pedagang berjaya mengumpul wang dan harta. Mereka berjaya membaiki status dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.

Kesimpulan (2/3m)

1. Dalam masyarakat feudal China dan Jepun pembahagian golongan dibuat mengikut pekerjaan. Di Jepun setiap golongan tidak dibenarkan menukar pekerjaan mereka. Mobiliti sosial tidak berlaku kerana pekerjaan diwarisi. Namun demikian perkembangan ekonomi pada zaman Tokugawa menyebabkan pedagang semakin berpengaruh.
2. Di China mobiliti sosial dapat berlaku melalui peperiksaan awam. Anak-anak petani yang lulus peperiksaan awam mempunyai peluang dilantik sebagai pegawai kerajaan di peringkat jajahan, wilayah dan istana.









































8.Bincangkan dasar tutup pintu (isolasi) negara China dan Jepun pada abad ke - 19.

Pendahuluan (2/3m)
Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ekonomi dan politik serta ego akan ketamadunannya.Walau bagaimanapun atas desakan serta tekanan barat negara –negara tersebut terpaksa membuka pintu negaranya melalui hubungan diplomatik/perjanjian atau secara kekerasan.

1. China (10m)

- Kuasa barat yang sering ambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik tempatan.
- Agama Kristian mengancam kepercayaan dan budaya masyarakat tempatan.
- China sebagai Middle Kingdom tidak setaraf dengan negara barat. China masih menganggap negaranya masih lagi pusat tamadun dunia. China mampu untuk berdikari dan tidak perlukan barangan dari barat.
- China menganggap perdagangan merupakan satu aktiviti yang hina.

2. Hubungan terhad dengan Barat oleh Kerajaan Mancu .

- Perdagangan hanya boleh dijalankan di pelabuhan Canton sahaja.
- Perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Co-Hong ( wakil kerajaan China )

3. 8 Peraturan Perdagangan Kerajaan China.

- Kapal perang asing tidak dibenarkan berlabuh dipelabuhan China. Pedagang asing tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke loji . Segala urusan perdagangan mestilah melalui Co-Hong.
- Orang asing tidak di benarkan mengambil pekerja berbangsa China. Orang asing hanya boleh berdagang di Canton pada musim panas sahaja. Pedagang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas.
- Orang asing tidak dibenarkan belajar bahasa China.
- Setelah berakhir musim perdagangan,pedagang-pedagang hendaklah berpindah ke Macao.

4. British menghantar utusan untuk menyelesaikan masalah hubungan perdagangan dengan negara China terutamanya Lapan Peraturan Perdagangan.
- British menghantar Amherst,Napier dan Elliot tetapi kesemuanya gagal.
- Kegagalan ini disebabkan utusan British enggan melakukan Kowtow.

Jepun (10m)

1. Dasar Tutup Pintu era pemerintahan Shogun Tokugawa. Disebabkan :
• bimbang campur tangan kuasa barat dalam politik tempatan.
• Agama Kristian mengancam agama dan budaya tempatan.
• Keamanan negara sering terancam disebabkan pergaduhan antara orang barat dan tempatan.
• Jepun mampu untuk menghasilkan keperluan sendiri tanpa bergantung kepada barangan barat.

2. Dasar pemencilan kerajaan Shogun Takugawa.
• Menyekat kemasukan pedagang-pedagang barat.
• Menghalau mubaligh-mubaligh Kristian.
• Tidak membenarkan rakyat Jepun melawat ke luar negara

3. Tindakan negara-negara Barat
• British,Belanda menghantar wakil untuk menyelesaikan dasar isolasi tersebut tetapi gagal.
4. Amerika menghantar utusan yang diketuai oleh Komander Mathew Perry untuk berunding dengan Shogun. Perundingan pada peringkat awalnya menemui kegagalan kerana tentangan yang hebat dari pihak istana.

Kesimpulan (2/3m)

Walaupun China dan Jepun berusaha untuk mempertahankan Dasar Tutup Pintu tetapi menemui kegagalan. Negara China terpaksa menghadapi Perang Candu yang berakhir dengan termetrainya Perjanjian Nanking dan Jepun terpaksa menanda tangani Perjanjian Kanagawa.














































9. Jelaskan kesan Perjanjian Nanking (1842) di China dan Perjanjian Bowring (1855) di Thailand.

Pendahuluan (2/3m)

a. Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring (1855) merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh China dan Thai dengan kuasa-kuasa Barat.
b. Perjanjian ini telah merintis kepada bermulanya hubungan ke dua-dua negara tersebut dengan kuasa-kuasa Barat secara rasmi dan atas dasar persamaan taraf.

B. Perjanjian Nanking (10m)
1. Politik
a. Perjanjian ini menjadi model kepada China mengadakan perjanjian dengan kuasa-kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.
b. Perubahan dasar luar China daripada dasar Tutup Pintu kepada dasar Buka Pintu.
c. China terpaksa membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang-pedagang asing di samping menyerahkan Hong Kong kepada British
d. Kekalahan China dalan perang ini dan keterpaksaannya menerima syarat-syarat Perjanjian Nanking telah menjatuhkan martabat dan maruah China di kaca mata Barat dan masyarakat China sendiri.
e. Masyarakat tempatan China lebih bersemangat untuk terus menentang dan menjatuhkan Dinasti Manchu dengan melancarkan beberapa pemberontakan seperti Pemberontakan Taiping 1851-1864 dan Revolusi 1911.
f. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin sedar tentang perlunya negara China melaksanakan pembaharuan sehingga tercetusnya Gerakan Menguatkan Diri dan Reformasi 100 Hari.

2. Ekonomi
a. Tuntutan gantirugi perang sebanyak 21 juta tael oleh Brtish telah menjejaskan dan melemahkan ekonomi China.
b. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kegiatan perdagangan China dengan negara-negara Barat semakin berkembang.
c. Kemasukan barang-barang barat dengan banyaknya menjejaskan barang-barang keluaran tempatan kesan berikutnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
d. Peranan Cohong sebagai orang tengah telah ditamatkan seterusnya telah menutup sumber pendapatan golongan ini.

3. Sosial
a. Beberapa adat tradisi China telah dihapuskan misalnya amalan kowtow orang Barat kepada Maharaja China.
b. Kemasukan mubaligh menyebabkan agama Kristian semakin berkembang di kalangan orang China dan telah menjejaskan adat resam dan agama Buddha.
c. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin terdedah dengan corak pemikiran serta idea-idea Barat.

C. Perjanjian Bowring (10m)
1. Politik
a. Perjanjian ini menjadi model perjanjian Siam negara-negara barat yang lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya.
b. Berlaku perubahan dasar luar Siam daripada dasar Tutup Pintu kepada Dasar Buka Pintu kepada negara-negara barat.
c. Penghantaran konsul-konsul barat ke Bangkok dan sebaliknya telah mengeratkan hubungan Siam dengan negara-negara Barat.
d. Hubungan erat Siam dengan negara-negara Barat dapat mengelakkan pencerobohan Barat seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Siam.
e. Pengambilan pakar dan penasihat daripada pelbagai negara barat membantu Rama Mongkut melaksanakan pembaharuan dan permodenan di negara tersebut.

2. Ekonomi
a. Perjanjian Siam dengan kuasa-kuasa Barat telah membuka Siam kepada pedagang barat dan perdagangan antarabangsa.
b. Kemasukan pelabur-pelabur barat membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi Siam daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
c. Berlaku perkembangan pesat dalam sektor padi, tebu dan kayu jati berikutan pembinaan kilang-kilang beras, gula dan papan oleh pemodal-pemodal Barat.
d. Penetapan kadar cukai import dan eksport telah menguntungkan perdagangan antara Siam dengan negara-negara Barat.
e. Kemasukan pemodal Barat dan pengenalan ekonomi moden telah mengurangkan monopoli golongan bangsawan terhadap beberapa sumber ekonomi seperti kayu jati.
f. Perkembangan pelaburan barat juga mengurangkan dan telah menyaingi peranan kaum China dalam ekonomi Siam .

3. Sosial
a. Rama Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja, perhambaan dan buruh kerah .
b. Sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dan berkembang di Siam .
c. Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Rama Mongkut dan Rama Chulalongkorn dengan memodenkan sistem perhubungan dan kesihatan dengan bantuan penasihat Barat.


C.Kesimpulan (2/3m)

a. Perjanjian Nanking banyak memberi kesan buruk kepada China kerana selepas perjanjian ini politik dan ekonomi China semakin lemah. Suasana ini diburukkan lagi dengan timbulnya penentangan orang China untuk menjatuhkan kerajaan Manchu.
b. Perjanjian Bowring pula memberi banyak kesan positif kerana ia bukan sahaja mempercepatkan pemodenan Siam tetapi yang lebih penting kedaulatan Siam terus dapat dipertahankan .





















10. Bincangkan perubahan pentadbiran yang berlaku di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke -19 akibat kedatangan kuasa barat.

Pengenalan (2/3m)

a. Belanda di Indonesia dan British di Myanmar telah memperkenalkan pelbagai dasar yang mengakibatkan berlakunya perubahan politik, ekonomi dan sosial sama ada secara langsung atau tidak.

Indonesia (10m)

1. Perubahan Politik

a. Seorang Gabenor Jeneral telah dilantik bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.
b. Selaras dengan itu juga pihak Belanda melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral.
c. Gabenor Jeneral memegang kuasa tertinggi dan dibantu oleh empat orang konsular. Sebuah Majlis Negara ditubuhkan sebagai badan penasihat dan menjadi Badan Perundangan Kerajaan.
d. Pada 1874, sistem pentadbiran tempatan disusun semula. Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan Volksraad.
e. Dewan ini mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh Raja Belanda. Seramai 19 orang ahli termasuk 10 orang tempatan dipilih.

2. Perubahan Ekonomi

a. Melalui Dasar Liberal , Indonesia dibuka kepada ekonomi laissez-faire. Penglibatan pemodal dan pengusaha swasta memesatkan lagi ekonomi Indonesia.
b. Tanaman kontan yang baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko diperkenalkan. Satu sistem ekonomi yang berlandaskan pertanian estet dan perlombongan telah muncul.
c. Kegiatan ekonomi meluas sehingga ke pulau luar. Ladang-ladang tembakau di Pulau Sumatera dimajukan. Di Bangka dan Biliton, pengeluaran bijih timah sangat maju. Sumatera dan Kalimantan menjadi pengeluar petroleum yang utama.
d. Walau bagaimanapun kemajuan pesat ekonomi Indonesia tidak dinikmati oleh masyarakat tempatan. Golongan kapitalis dan orang Belanda mendapat keuntungan yang berganda.
e. Melalui Dasar Etika , pertanian ladang dan perlombongan di pulau-pulau luar berkembang dengan pesat. Ini disebabkan kerjasama antara kerajaan dan swasta.
f. Aktiviti seperti pembalakan , pertanian baru dan pengairan digalakkan.
g. Pada 1905, Belanda menubuhkan Jabatan Pertanian di Betawi . Belanda meluluskan undang-undang tempatan dan kawalan pengambilan pekerja.
h. Belanda menubuhkan Bank Tunai Desa dan Bank Beras Desa untuk mengelakkan petani dari memajak dan berhutang.
i. Dasar Belanda ini gagal meningkatkan taraf hidup orang Indonesia yang masih di tahap rendah.

3. Sosial

a. Melalui Dasar Liberal sistem sosial tradisional menjadi semakin lemah. Hubungan pertalian kekeluargaan menjadi longgar. Ini kerana ramai orang Indonesia telah berhijrah ke kawasan bandar atau pulau luar dan bekerja sebagai buruh kilang yang bergaji.
b. Kemunculan golongan pertengahan yang kebanyakannya yang terdiri daripada orang Belanda, Indo- Belanda dan sebilangan orang Indonesia.
c. Melalui Dasar Etika , masyakarat majmuk dibahagikan mengikut fungsi ekonomi dan ras. Orang Eropah sebagai pentadbir dan menguasai ekonomi moden . Orang Cina menguasai perniagaan runcit. Masyarakat tempatan masih mengamalkan ekonomi sara diri yang miskin.
d. Belanda mementingkan pendidikan. Lebih banyak sekolah rendah, menengah, teknikal dan universiti dibina. Namun peluang melanjutkan pelajaran tinggi adalah terhad dan hanya menguntungkan Belanda sahaja.
e. Perkembangan pendidikan barat membangkitkan semangat nasionalisme Indonesia. Lahirnya golongan intelektual Indonesia yang dipengaruhi dengan idea-idea barat seperti demokrasi , liberalisme dan anti penjajahan.

Myanmar (10m)

1. Politik

a. Perubahan dilakukan dalam sistem pentadbiran tempatan. Kuasa diperingkat tempatan tidak lagi kepada individu tertentu tetapi kepada kerajaan British. Ketua Kampung akan bertanggungjawab secara langsung kepada pegawai daerah yang diwujudkan oleh pihak British.
b. Di peringkat pusat, pentadiran diketuai oleh Leftenan Gabenor. Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.
c. Pada tahun 1937, Burma dipisahkan dari pentadbiran India dan mempunyai pentadbirannya sendiri.
d. Perlembagaan ini memperuntukkan dua buah dewan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Separuh dari ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih sepenuhnya oleh penduduk Burma.

2. Ekonomi

a. Pada asasnya Burma tidak berminat berdagang dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan segala keperluannya sendiri. Kehidupannya berasaskan ekonomi pertanian sara diri dan menghasilkan keperluan sendiri.
b. Senario ini berubah pada tahun 1941 apabila Burma turut terlibat dalam sistem perdagangan dan pasaran dunia.
c. Aktiviti-aktiviti utama ekonomi :-

1. Beras

a. Burma menjadi pengeksport beras terbesar dunia dengan menyediakan 40% dari jumlah bekalan beras dunia.
b. Arakan dan Tennaserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi. Di Tenaserim pengeluaran berjumlah sebanyak 50 % daripada keseluruhan pengeluaran Burma antara tahun 1845-1852.
c. Burma Hilir mempunyai potensi sebagai kawasan penanaman padi kerana faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak.
d. British juga telah mengambil beberapa langkah penting seperti memberi tanah percuma kepada petani-petani dan pinjaman kerajaan sebagai modal.
e. Walau bagaimanapun pinjaman yang tidak mencukupi memaksa petani-petani meminjam wang dari cetiar . Selain itu petani juga terpaksa bersaing dengan orang India yang sanggup menyewa tanah petani Burma dengan harga yang tinggi kerana kebiasaan hidup mereka yang menderita dengan cara penghidupan yang rendah. Akibatnya secara beransur-ansur sawah petani Burma terlepas ke tangan cetiar kerana kegagalan menjejaskan hutang mereka atau ke tangan petani-petani India kerana tertarik dengan kesanggupan petani India membayar sewa yang tinggi.




2. Perlombongan

a. British telah memajukan sektor perlombongan di Burma terutama di bahagian Hulu Burma. Burma Oil Company ditubuhkan di Rangoon pada tahun 1886 untuk menjalankan kegiatan perusahaan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta persendirian. Syarikat ini mampu mengeksport minyak ke India dan pada 1896 ke Pulau Pinang. Pengeluaran minyak telah bertambah dari 20 juta gelen tahun 1898 kepada 270 juta gelen pada tahun 1923.
b. Perlombongan perak dan emas hitam dijalankan di Namtu , Tungsten di Mawahi diikuti percubaan melombong permata tetapi pada ketika itu tidak berjaya.

3. Pembalakan

a. Kayu jati merupakan bahan eksport yang menduduki tangga kedua selepas minyak.
b. Pada 1856, Jabatan Perhutanan ditubuhkan di bawah seorang Ketua Pemelihara Hutan untuk memastikan pengurusan dan kegiatan mendapatkan sumber-sumber hutan dijalankan dengan sempurna.
c. Pengeluaran balak Myanmar menjelang tahun 1941 ialah 75% daripada pengeluaran dunia dan Syarikat Bombay –Burma Trading Corporation merupakan syarikat yang terbesar.
d. Hasil pengeluaran yang banyak ini telah membantu pula perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal.

3.Sosial

a. Pertambahan jumlah penduduk akibat perkembangan ekonomi di Burma Hilir . Ramai petani telah berpindah ke Burma Hilir untuk membuka kawasan penanaman padi. Pertambahan penduduk juga disebabkan kemasukan orang India dan Cina.
b. Ini mewujudkan masyarakat majmuk di mana pengenalan kaum adalah berdasarkan fungsi ekonomi . Orang India tertumpu di bandar dan bekerja sebagai buruh atau ceti, orang Cina menjalankan perniagaan dan perindustrian. Masyarakat tempatan hidup sengsara di kawasan luar bandar dan ramai petani yang kehilangan sawah mereka kerana tidak mampu menjelaskan hutang mereka.
c. Kebudayaan dan keagamaan Myanmar semakin merosot. Sistem pemerintahan British menghapuskan peranan istana sebagai penaung kesusasteraan , seni serta agama Buddha. Ini menyebabkan agama Buddha dan susunan Sangha semakin merosot. Jawatan Thathanabaing tidak diisi langsung.
d. Kepentingan bahasa Burma merosot dan diganti dengan bahasa Inggeris.
e. Penyebaran agama Kristian meluas sehingga ramai orang Burma menganut agama Kristian.
f. Bermulanya pengenalan sistem pendidikan barat. Ramai orang Burma telah menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. British membina lebih banyak sekolah menengah aliran Inggeris dan pada 1920, Universiti Rangoon ditubuhkan . Sekolah-sekolah Teknikal dan Maktab Perguruan turut dibina.
g. Berlakunya kemerosotan peranan pendidikan tradisional sami-sami Budha . Orang Burma lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan yang mengajar mata pelajaran Inggeris.
h. Perkembangan pendidikan barat telah melahirkan golongan intelektual Burma yang kemudiannya membekalkan pemimpin bagi gerakan nasionalisme Burma. Contohnya Persatuan Belia Buddha yang ditubuhkan oleh golongan peguam untuk memulihkan tradisi dan agama Buddha.

Kesimpulan (2/3m)
1. Perubahan yang berlaku di kedua-dua negara agak sama. Masyarakat pribumi di kedua-dua buah negara mengalami nasib yang sama iaitu miskin, tertindas dan ketinggalan.
2. Golongan asing menikmati segala kemudahan yang disediakan.
3. Namun demikian pengenalan pendidikan barat telah melahirkan golongan intelektual yang akan membawa kedua-dua negara ini ke arah kemerdekaan negara masing-masing.
11. Bincangkan gerakan nasionalisme di Thailand dan Myanmar pada awal abad ke-20.

Pendahuluan (2/3m)

Thai merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh sebarang kuasa Barat kerana kebijaksanaan raja-raja Thai, Kedudukan yang strategik dan beberapa faktor yang lain. Nasionalismenya bukan bersifat anti penjajah, sebaliknya menentang sistem pemerintahan monarki (beraja) mutlak di samping bercorak anti-Cina, ekonomi , kebudayaan dan imperialistik. Manakala pada tahun 1906 segolongan kecil rakyat Burma yang berpendidikan Barat dan mendokong cita-cita reformis. Antara pemimpinnya ialah U May Oung, U Ba Pe, dan Sir Maung Gyee. Keahliannya dari kalangan pelajar sekolah menengah Inggeris dan kakitangan serta pegawai rendah awam. YMBA merupakan pertubuhan politik pertama Burma. Bertujuan menyatukan nilai dan tradisi agama Budha dengan pendidikan Barat

A. Thailand (10m)

1. Dasar pemodenan Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan masyarakat Thai berpendidikan yang terdedah dengan ideologi politik Barat. Mereka menganggap sistem pemerintahan yang sedia ada sudah tidak sesuai kerana ketinggalan zaman.

2. Pemerintahan Raja Vajiravudh menunjukkan kelemahan;
a. Memerintah secara veto tanpa menghiraukan kabinet menteri
b. Tidak meminati pentadbiran tetapi kesenian dan pementasan
c. Rasuah dan korupsi berleluasa
d. Pembentukan tentera peribadi Skuad Harimau Liar menimbulkan kemarahan anggota tentera Thai
e. Berpihak kepada pihak berikat semasa perang dunia pertama sedangkan Jerman melatih tentera Thai

3. Kelemahan pemerintahan Raja Prajadhipok:
a. Meletakkan 8 daripada 12 kementerian ke tangan kerabat di raja
b. Mengurangkan belanjawan Negara kerana kemelesetan ekonomi- memecat dan memotong gaji kakitangan awam
c. Perselisihan antara Menteri Perang dan Menteri Perdagangan menghakis keyakinan rakyat.

4. Parti Rakyat Thai di bawah pimpinan Pridi Phanomyong dan pihak tentera melancarkan revolusi tanpa menumpahkan darah pada 24 jun 1932. Kerajaan Raja Berperlembagaan didirikan

B. Nasionalisma anti-Cina dan Ekonomi

1. Kerajaan memiliknegara kegiatan perusahan getah, kertas, menapis minyak, keretapi dan elektrik
2. Mengadakan peraturan ekonomi Thai dimonopoli oleh warga Thai
3. Sentimen anti-Cina dalam kegiatan ekonomi, langkah yang diambil:
a. Sekolah dan akhbar cina ditutup
b. Cukai yang tinggi dikenakan kepada syarikat orang Cina dan Eropah
c. Sekatan ke atas kemasukan orang cina
d. Subsidi dan bantuan kepada syarikat Thai

C. Nasionalisma Kebudayaan

1. Selepas Phibun Songram menjadi Perdana Menteri :
a. Pada Jun 1939 nama Siam diubah kepada “Thailand” yang bermaksud “Negara yang bebas”
b. Kedudukan agama Buddha dikukuhkan.
c. Mewajibkan penggunaan bahasa Thai
d. Penubuhan pasukan pemuda militan

D. Nasionalisma imperialistik

1. Selepas 1932 muncul gerakan untuk mendapatkan semula wilayah naungan Thai yang diserahkan kepada British dan Peranchis

2. Kerajaan Phibun bersikap pro Jepun semasa Perang Dunia ke-2, sebagai balasan Jepun mengembalikan wilayah Battambang dan Siemreap(Kampuchea), Kang Tung dan Mongpan (Burma), Laos dan Negeri-negeri Melayu Utara.


Myanmar (10m)

Persatuan Belia Budha (YMBA)

A. Kegiatan YMBA

1. 1916 tumpuan hanya kepada aspek agama, seni dan sastera. 1911 akhbar Thuriya diterbitkan.Pada 1916-19 ahlinya lebih radikal seperti U Thien Maung yang telah menimbulkan isu kasut.

2. Menyokong pengharaman pemakaian kasut di dalam kuil dan YMBA mula terlibat dalam gerakan politik. Pada 1919-1920 menerusi Pembaharuan Montagu- Chelmsford (1919) pemerintah British memperkenalkan system Diarki di India tetapi tidak dilaksanakan di Burma. YMBA menghantar rombongan ke London pada Julai 1919 dan Mei 1920 untuk menuntut pembaharuan perlembagaan yang sama bagi Burma. Tuntutan diterima dan YMBA mendapat sokongan ramai.

3. Pada Disember 1920 menyokong mogok pelajar Universiti Rangoon kerana British menaikkan syarat kelayakan memasuki universiti dan markah lulus ujian.YMBA ternyata memainkan peranan penting memupuk semangat kebangsaan rakyat Burma. 1920 YMBA bersifat lebih radikal lalu mengubah namanya kepada Majlis Am Persatuan-persatuan Budha (GCBA)


B. Golongan Pongyi

1. Golongan Pongyi (sami Budha) menyertai kegiatan politik kerana berlaku kemerosotan pengaruh agama Budha di kalangan orang Burma. Penglibatan mereka juga bertujuan mengembalikan semula pengaruh sami dan ajaran Budha dalam masyarakat. Sehingga 1920 menyokong perjuangan berhubung isu kasut, mogok pelajar Universiti Rangoon dan menyokong GCBA.

2. Bermula 1922 dibawah pimpinan U Ottama perjuangan politik di cantum dengan perjuangan agama.Pada peringkat kampung ada unit-unit politik kecil bergelar ‘wunthanu athin’ berfungsi sebagai pemimpin masyarakat. Pongyi menghasut petani jangan membayar cukai melalui kempen tahun 1924 dan 1926-27

3. Menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi (GCSS) pada 1922. Akhbar Wunthanu diterbitkan bagi menyebar propaganda pongyi. Rusuhan berlaku di Mandalay pada 1924, U Ottama ditangkap dan dipenjarakan sehingga 1927. Pada 1926 U Wisara menghasut petani daripada membayar cukai di daerah Tharawaddy, beliau dipenjarakan dan mati tahun 1928 akibat mogok lapar. Ini menambahkan lagi sikap anti British. Pada 1927 berlaku ketegangan politik di Burma kerana penerbitan akhbar Wunthanu yang menyebar dakyah anti-British.U Ottama ditangkap sekali lagi tahun 1928 dan meninggal dunia dalam tahanan pada 1939. Pada tahun 1930-31 meletusnya pemberontakan Saya San, pongyi menyokong.

4. Pongyi bersama-sama GCBA menentang sistem pemerintahan dua lapis yang diperkenalkan oleh British. Berjaya menghasut rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes kepada Suruhanjaya Simon.



C. Thakin

1. Kumpulan yang ditubuhkan oleh pelajar–pelajar Universiti Rangoon yang sebahagiannya berfahaman Marxis serta bersifat radikal. Pada 1935 golongan Thakin daripada Dobama Asiayone bergabung dengan Liga Pemuda Burma.

2. Pada 1936 para pelajar membantah tindakan yang dikenakan kepada U Nu dan Aung San yang berani mengecam pihak universiti dan menuntut supaya Akta Universiti 1920 dipinda. Beberapa orang Thakin menubuhkan Persatuan Petani dan Persatuan Buruh. Thakin meraih sokongan pekerja kerana menganjur mogok pekerja pada 1937-1939 . Pada 1939 Thakin bersama-sama Dr. Ba Maw menubuhkan Blok Kebebasan yang besifat radikal. Kerajaan U Pu menangkap beberapa pemimpin Thakin seperti Dr. Ba Maw dan Thakin Aung San.

3. Kerajaan baru pimpinan U Saw berusaha menangkap Aung San tetapi gagal. Thakin membantu Jepun menawan Burma pada Mei 1942 dan menaikkan imejnya. Pada Zaman pendudukan Jepun ditubuhkan Liga Pembebasan Rakyat anti-Fasis (AFPFL) pada 1944 oleh Aung San. Pada 1945 Aung San menjadi Menteri Pertahanan manakala U Nu sebagai Menteri Luar Negeri.

Kesimpulan (2/3m)

Gerakan nasionalisma Thai jelas berbeza berbanding negara Asia lain. Matlamat mereka adalah menentang kuasa mutlak raja bagi membentuk sistem pemerintahan raja berperlembagaan selain bermotifkan ekonomi, budaya, anti-cina dan imperialistik. Di Burma pengaruh golongan Pongyi berkurangan sejak 1920-an tetapi peranan mereka amat besar dalam mempengaruhi rakyat menentang British. Disember 1946 Aung San ke London membincangkan tentang kemerdekaan Burma, Aung San telah mati ditembak pada 1947. U Nu mengambilalih pucuk pimpinan AFPFL dan berjaya mencapai kemerdekaan bagi Burma pada tahun 1948.






















12. Terangkan langkah-langkah pembaharuan ekonomi Jepun dan China selepas Perang Dunia Kedua sehingga 1963

Pendahuluan (2/3m)

Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun dan China telah menjalankan beberapa langkah pembaharuan ekonomi. Pembaharuan ekonomi ini bertujuan meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat Jepun dan China.

A.Jepun (10m)

a. Sistem ekonomi bercorak Zaibatsu dimansuhkan

1. Satu suruhanjaya dibentuk bagi membubarkan syarikat Zaibatsu
2. Undang-undang anti-monopoli diluluskan untuk mengelak penggabungan semula di kalangan saudagar-saudagar dan golongan peniaga.

b. Pertubuhan buruh digalakkan

1. Corak pertubuhan buruh mengikut corak pertubuhan buruh di Amerika Syarikat
2. Contoh pertubuhan :

* Gabungan Buruh Jepun
* Kongres Kesatuan-kesatuan Perusahaan

c. Kemasukan dan perkembangan pengaruh komunis disekat

1. Mendapat bantuan Amerika Syarikat
2. SCAP menarik balik pengharaman dan sekatan yang dikenakan ke atas Jepun pada tahun 1948
3. Jepun akan dapat berdikari dari segi ekonomi dan ketenteraan dalam menghadapi ancaman komunis.

d. Perdagangan luar negeri diwujudkan semula
1. Menggalakkan penyertaan pengusaha-pengusaha persendirian atau perusahaan tempatan

e. Undang-undang pembaharuan tanah diwujudkan
1. Kerajaan membeli tanah daripada tuan-tuan tanah dan kemudiannya menjualkannya kepada petani-petani. Dengan ini petani dapat mempunyai tanah sendiri dan dapat mengelakkan penindasan daripada tuan-tuan tanah.
















Negara China (10m)

a. Rancangan Lima Tahun

1. Pembaharuan tanah dan pengenalan koperasi dititikberatkan
2. Membawa kemajuan ekonomi yang pesat

b. Undang-undang Pembaharuan Pertanian

1. Dilaksanakan pada tahun 1950
2. Bertujuan membebaskan tenaga pengeluaran daripada kongkongan sistem pemilikan tanah cara feudal.

c. Rancangan kolektif

1. Dilaksanakan secara besar-besaran pada tahun 1953
2. Syarikat kerjasama dibentuk menjadi ladang bersama dan kemudiannya menjadi ladang negara

d. Penyusunan pertanian mengikut daerah atau commune

1. Mengumpulkan petani ke dalam commune rakyat

e. Perusahaan dititikberatkan

1. Bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat dan negara proletariat
2. Rancangan pembaharuan pertanian diadakan

f. Peranan pemodal persendirian dan pemodal Barat

1. Peraturan dikenakan
2. Menambahkan pendapatan kasar negara
3. Menitikberatkan industri berat dan industri ringan



C Kesimpulan (2/3m)

1. Jepun dan China mengambil langkah pembaharuan ekonomi yang pesat dan langkah pembaharuan ekonomi ini bertujuan meningkatkan ekonomi negara .














TAMAT