Contoh 2 :
Tajuk : Perkembangan Kampung Morten menarik minat
pelancong
Pemilihan
tajuk
Saya telah memilih tajuk
Perkembangan Kampung Morten menarik minat pelancong kerana kampung morten merupakan salah satu tinggalan sejarah. Selain
itu,ia juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke Melaka bagi
pelancong yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kampung morten.
Kawasan kajian ini juga merupakan sebuah tempat yang sangat menarik untuk
dikaji kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
Pengenalan
Asal usul Kampung Morten
Kampung
Morten adalah satu-satunya perkampungan tradisional dimana rata-ratanya adalah
penduduk kaum melayu yang terletak di Bandar Melaka. Kampung Morten juga dianggap
sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara
hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk
iaitu rekaan rumah mereka.
Perkampungan
ini wujud dari tahun 1920-an lagi dengan pengasasnya adalah Dato Demang, dan
diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah
seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg
sesuai kepada penduduk yg dipindahkan dari
Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.
Objektif
Kajian
Antara objektif saya
menjalankan kajian ini adalah ;
a) Untuk
mengenalpasti perkembangan yang berlaku terhadap Kampung Morten.
-Di kawasan kajian saya
terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji tentang pembangunan Kampung Morten yang kini semakin membangun malah
kawasan persekitarannya juga
turut membangun.
b) Untuk mengkaji
langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membangunkan Kampung Morten.
-Saya juga berminat untuk mengkaji
langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan hingga Kampung Morten kini telah berlaku pembaharuan.
c) Untuk
mengenalpasti potensi kawasan kajian.
-Saya juga mengkaji kawasan Kampung
Morten ini kerana saya berminat untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan di Kampung Morten ini. Selain itu,
saya juga ingin mengetahui apakah
kemampuan Kampung Morten untuk menjadi daya penarik bagi sektor pelancongan di Malaysia.
Permasalahan
Kajian
Saya akan mengupas
mengenai latar belakang Kampung Morten. Kemudian saya akan mengkaji beberapa
faktor yang menyebabkan Kampung Morten kini semakin membangun. Saya juga akan
memberi fokus yang lebih terhadap aspek usaha dan langkah-langkah yang diambil
oleh pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Morten ini malah di kawasan
persekitarannya juga turut membangun.
Skop
Kajian
Saya akan mengkaji
mengenai asal usul Kampung Morten. Kemudian saya akan mengkaji mengenai
tinggalan sejarah yang ada di Kampung Morten. Seterusnya saya akan mengkaji
tentang pembangunan yang berlaku di Kampung Morten.
Kajian
Lepas
Seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaya
telah manjalankan kajian tentang Kampung Morten. Berdasarkan kajian beliau,saya
telah mendapati beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah
sumbangan yang diberikan untuk memajukan Kampung Morten, faktor pembangunan
Kampung Morten di Melaka dan sebagainya.
Kaedah
Kajian
Untuk hasil kajian saya
ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah;
a) Kaedah temubual
:- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang penduduk yang
tinggal di Kampung Morten.
b) Kaedah lawatan
:- Saya juga telah melawat kawasan yang ingin saya kaji untuk menambahkan lagi
maklumat dalam penyelidikan saya dan saya juga akan melakukan penelitian yang
lebih mendalam.
c) Melayari internet
:- Kaedah ini turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia
merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat. Melalui kajian
ini saya telah mencari maklumat mengenai kampung morten ini dan banyak maklumat
yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.
d) Pembacaan karya
ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.
Pembahagian
Struktur Esei.
Bahagian 1 : Asal usul Kampung Morten
Di dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan
mengenai latar belakang Kampung Morten dengan lebih terperinci. Di dalam ini
juga turut diselitkan beberapa lagi versi yang berkaitan dengan perolehan nama
Kampung Morten.
Bahagian 2 : Keistimewaan Kampung Morten
Di dalam bahagian
ini pula, saya akan menerangkan beberapa keistimewa
yang berupaya untuk menarik tumpuan pelancong terutamanya dari luar negara. Menjejaki
Kampung Morten buat pertama kali menjanjikan satu pengalaman indah kepada
setiap pengunjung yang datang ke perkampungan tradisional itu yang rata-ratanya
kaum Melayu. Masakan tidak, pengunjung akan dapat melihat semua rumah yang
berjumlah hampir 200 buah rumah tersusun dalam bentuk tradisi sama ada dari
segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman selain cara menghias. Ia
seolah-olah dapat membawa pengunjung bersama-sama ‘kembali’ kepada zaman
Kerajaan Melayu Melaka yang tidak dapat diterokai oleh generasi kini.
Bahagian 3 : Faktor pembangunan Kampung Morten
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas
mengenai faktor pembangunan Kampung Morten tersebut. Berdasarkan lawatan, saya
telah mengenalpasti bahawa kedudukan kawasan yang terdapat di kawasan kampung
morten sangat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Penutup
Saya berharap dengan hasil
kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih mengenali Kampung
Morten ini yang ditinggalkan oleh penjajah British. Selain itu,saya juga
berharap agar Kampung Morten ini dapat menjadi salah satu daya tarikan
pelancong ke negara ini seterusnya menyumbang kepada ekonomi pendapatan negara.
Contoh 3 :
Tajuk
: Adat Istiadat Dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu .
Pemilihan
tajuk
Saya telah memilih tajuk :
Perkahwinan Orang Melayu : Adat Istiadat dalam Perkahwinan Orang Melayu .Saya
memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan yang dimana
terdapatnya ramai penduduk masyarakat yang berbangsa Melayu . Selain itu, saya
juga amat tertarik dengan adat-adat yang digunapakai oleh kaum Melayu sejak
turun – temurun lagi . Bagi saya adat istiadat perkhawinan orang Melayu adalah satu
adat yang unik dan menarik .
Pengenalan
Asal usul adat perkhawinan
kaum Melayu
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat
resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat
Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat
istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat
resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan
orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah
adat perkahwinan Melayu yang sebenar .
.
Objektif
kajian
Antara objektif saya
menjalankan kajian ini adalah :
a). Untuk
memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat istiadat perkahwinan Melayu
kepada masyarakat :
- Amalan dalam perkahwinan Melayu adalah
satu adat yang sangat unik kerana mempunyai banyak upacara seperti merisik
,menghantar tanda ,bertunang ,dan bernikah .Ia juga dapat menunjukkan
kesanggupan pengantin lelaki dalam usaha mendapatkan gadis tersebut .
b) Mengajak masyarakat
mengenal adat perkahwinan Melayu :
- Saya juga akan memperkenalkan pelbagai
upacara yang diguna oleh masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan .
.
Permasalahan
kajian
Saya akan mengkaji tentang
amalan-amalan yang diguna oleh kaum Melayu yang ditinggal sejak turun temurun .
Kemudian saya akan mengupas beberapa aspek yang berkaitan dengan adat perkahwinan
ini dengan lebih terperinci lagi. Saya juga akan memberi fokus yang lebih
mendalam terhadap bagaimana masyarakat Melayu mengamalkan adat istiadat
tersebut sehingga ke hari ini. .
Skop
kajian.
Saya akan mengkaji
mengenai amalan yang terdapat dalam perkahwinan masyarakat Melayu . Kemudian saya akan
menyelidik bagaimana adat-adat tersebut digunakan dalam masyarakat sekarang .Lalu
saya akan mengkaji pula pandangan masyarakat setempat tentang amalan-amalan
perkahwinan ini .
Kajian
Lepas
Seorang pelajar dari
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian yang berkitan dengan adat
perkahwinan kaum Melayu ini . Berdasarkan kajian beliau, saya telah mendapati
beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah upacara yang
masih diamalkan dalam adat resam perkahwinan sejak dari dulu hingga sekarang .
Kaedah
Kajian
Untuk hasil kajian saya
ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :
a) Kaedah temubual
:- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang penduduk tempatan
yang menetap di kawasan ini yang mempunyai penduduknya majoriti orang Melayu .
b) Kaedah lawatan
:- Saya juga telah melawat kawasan kajian iaitu Muzium yang mempunyai maklumat
tentang amalan-amalan ini .Dan saya sendiri juga ke tempat yang berlangsung
upacara-upacara Melayu ini
c) Melayari internet
:- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya
ini kerana ia merupakan salah satu cara
terpantas untuk memperolehi maklumat dengan cepat dan banyak .
d) Pembacaan karya
ilmiah :- Saya telah membaca beberapa buah karya ilmiah yang sedikit
sebanyak dapat menyumbang kepada hasil
kajian saya.
Pembahagian
Struktur esei.
Bahagian 1 : Amalan
yang dilakukan dalam majlis perkahwinan kaum Melayu
Di bahagian 1 ,saya
mengenalkan serba sedikit perihal upacara-upacara yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu ini .Upacara-upacara seperti merisik ,melamar ,bertunang dan
bernikah ini merupakan satu adat istiadat yang diguna kan oleh masyarakat
Melayu dejak dari dulu lagi .
Bahagian 2 :
Amalan Merisik
Merisik merupakan salah
satu amalan yang diamalkan oleh orang melayu. Amalan ini adalah untuk
mengenalkan kaum saudara mara bakal pengantin dan merapatkan lagi hubungan
silaturahin antara mereka.
Bahagian 3 :
Amalan Bertunang
Amalan ini adalah untuk
mengesahkan persetujuan antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Selain
itu, terdapat juga pelbagai adat iaitu menyarung cincin persetujuan oleh ibu
bakal pengantin lelaki.
Bahagian 4 :
Adat Perkahwinan
Adat ini merupakan antara
acara terbesar. Dimulai dengan pernikahan dan diakhiri dengan majlis
persandingan yang dihadiri oleh seluruh ahli keluarga.
.
Penutup
Saya berharap, dengan
hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk mengamalkan lagi adat
istiadat – adat istiadat yang ditinggal turun – temurun . Selain itu, saya juga
berharap agar masyarakat Melayu tidak melupakan adat istiadat perkahwinan yang
semakin lama dipandang sepi oleh masyarakat Melayu sekarang .
Contoh 4 :
Tajuk : PORTUGIS MELAKA, SUATU TARIKAN
Pemilihan tajuk
Saya
telah memilih tajuk Portugis Melaka, suatu tarikan. Saya memilih tajuk ini
kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan yang dimana pernah menjadi
tempat penjajah pada masa dahulu. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan
budaya dan tarian yang kini menjadi tingalan warisan yang bersejarah. Bagi saya
Perkampungan Portugis adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan
sebagai kawasan kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
Pengenalan
Asal
usul Perkampungan Portugis,
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini
Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir,
Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri
daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di
Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8
ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah
didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan
sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad
ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya,lagu dan tarian Portugis
sehingga hari ini.
|
|
|
Antara
objektif saya menjalankan kajian ini adalah
a)
untuk mengkaji warisan tinggalan penjajah yang telah ditinggalkan seabad
lamanya.
- Di kawasan yang saya kaji terdapat pelbagai
budaya dan warisan yang menarik minat
untuk mengetahui dengan lebih mendalam.
b)
untuk mengenalpasti potensi kawasan kajian
- Saya juga mengkaji kawasan Perkampungan
Portugis ini kerana saya berminat untuk mengetahui apa yang tersirat disebalik
kampung ini. Saya juga ingin mengathui apakah kemampuan Perkampungan Portugis
ini untuk menjadi daya penarik bagi sektor pelancongan di Malaysia.
c)untuk
mengkaji sejarah lagu dan tarian tempat kajian
-Merupakan salah satu lagu dan tarian yang
terkenal serta telah menjadi tarikan
pelancong dari seluruh negara untuk menghayati keistimewaan lagu Portugis ini.
Permasalahan kajian
Saya
akan mengupas mengenai latar belakang Perkampungan Portugis. Kemudian saya akan
mengkaji beberapa aspek ekonomi dan struktur permukaan bumi Perkampungan
Portugis. Saya juga akan memberi fokus yang lebih terhadap luas kawasan dan
cara hidup mereka.
Skop kajian.
Saya
akan mengkaji mengenai asal usul sejarah Portugis yang kini menjari warisan
negara. Kemudian saya akan mengkaji mengenai keistimewaan tarian dan pakaian
serta kegiatan ekonomi dan struktur
permukaan tanah di kawasan kajian. Lalu saya akan mengkaji pula mengenai kesan
pembukaan Perkampungan Portugis terhadap masyarakat setempat.
Kajian Lepas
Seorang
pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian yang
berkitan dengan Perkampungan Portugis. Berdasarkan kajian beliau, saya telah
mendapati beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah,
keluasan Perkampungan Portugis, jumlah penduduk yang menetap di Perkampungan
Portugis dan sebagainya.
Kaedah Kajian
Untuk
hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah
a)
Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa
orang penduduk tempatan
b)
Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian iaitu
Perkampungan Portugis, bagi melakukan penelitian yang lebih mendalam.
c)
Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya
aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana
ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d)
Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang
sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.
Pembahagian Struktur esei.
Bahagian 1 : Asal usul Perkampungan Portugis
Di dalam bahagian ini,
saya akan menjelaskan mengenai latar belakang Perkampungan Portugis dimana satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan
masyarakat serani. Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini
dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu dengan lebih terperinci lagi. Di dalam ini juga turut
diselitkan beberapa lagi versi yang berkaitan dengan budaya kehidupan
masyarakat Portugis di Melaka.
Bahagian 2 : Keistimewaan Tarian dan lagu warisan Portugis
Di
bahagian pertengahan pula, saya akan mengupas mengenai keunikan tarian joget
masyarakat Portugis yang dikenali sebagai Tarian Portugis di Melaka. . Keunikkan tarian joget ini adalah salah satu
selingan dari projek kerja khusus saya. Saya menyelitkan bahagian ini kerana
tarian ini merupakan salah satu tarikan untuk pelancong yang datang ke Melaka.
Tambahan pula, tarian ini merupakan tarian yang senang untuk di ikuti dan
menarik.
Bahagian 3 : Kegiatan ekonomi
Di
dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk sekitar Perkampungan Portugis. Berdasarkan lawatan,
saya telah mengenalpasti bahawa keadaan geografi tanah yang terdapat di
Perkampungan Portugis sangat sesuai
untuk bagi menjalankan kegiatan perikanan.
Penutup
Saya
berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk
lebih menghargai warisan penjajah portugis yang telah berabad berada di dalam
negara ini. Selain itu, saya juga berharap agar Warisan Perkampungan Portugis
ini akan dimajukan lagi supaya boleh menjadi salah satu tarikan pelancong dan
sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara.