Bahan ini disediakan sekadar membantu calon-calon mendapatkan gambaran penyediaan esei sejarah .
KERTAS CADANGAN BAGI
KERJA KURSUS SEJARAH
Nama :
Kelas
:
No I/C
:
Tajuk : Budaya Baba Nyonya.
Pemilihan
tajuk
Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di
Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan
dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong untuk
datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan
budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk
dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
Pengenalan
Cara hidup dan kebudayaan Baba N
|
|
|
yonya:
Baba dan Nyonya di Melaka
adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya
Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah
memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan
makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang
diperbuat daripada perak atau emas.
Objektif
kajian
Antara objektif saya
menjalankan kajian ini adalah
a) Untuk mengkaji asal usul
kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan
budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa
yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d)
Untuk mengkaji tentang pakaian yang
digunakan oleh kaum ini.
e)
Untuk mengupas makanan tradisional Baba
Nyonya.
Permasalahan
kajian
Saya akan mengupas
mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya yang
diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas
bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang
pakaian tradisional yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan
tradisional Baba Nyonya.
Skop
kajian
Saya akan mengkaji
mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu
dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan
kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.
Kajian
Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID
dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru ini telah mendekati kumpulan
minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana adat resam
dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.
Kaedah
Kajian
Untuk hasil kajian saya
ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah
a) Kaedah temubual
:- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang
mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan
:- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di
Jonker Walk.
c) Melayari internet
:- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya
ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d) Pembacaan karya
ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.
Pembahagian
Struktur esei.
Bahagian 1 : Asal usul kemunculan
kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman
sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang berlaku di
antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.
Bahagian 2 : Keunikan budaya
yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
Kaum Baba Nyonya
mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai persamaan
dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.
Bahagian 3 : Bahasa yang
digunakan
Masyarakat baba Nyonya di
Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini
mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih
bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.
Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini
pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan mereka
berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.
manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan
dengan keturunan Cina.
Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan
mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya yang kita tidak ketahui.Selain
itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan makanan masyarakat
orang Melayu.
Penutup
Saya berharap, dengan
hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan
masyarakat Baba Nyonya yang semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka
sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup
mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat
antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban
dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan
budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.
Memang pendek dan ringkas macam ni ke?
ReplyDeleteblh ke mcm ni?
ReplyDeleteWait! ^^ Objektif Kajian & Pemasalahan Kajian tue mmg berkait rapat je ke ???
ReplyDeleteyup, saya dengar dua benda nih memeng berkait rapat pun
Deletewahh..ringkas jg.
ReplyDeletekalau cikgu saya dah kena sembelih dah nyh ,. awat pendek sangat ,. bukan 2500 patah perkataan ke ??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteEyzaty :)
Delete2500 tu utk esei
kalau kertas cadangan x kira berapa patah perkataan :)
ada dekat manual tu :)
cikgu bleh detect plagiat klu ikut sebijiki2
Deleteni hanya kertas cadangan je .. kalau nak panjang buat sendiri .. haha xD
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete7 markah utk kertas cadangan :)
ReplyDelete8 la
Deletenk masukkan footnote tu kt mana??
ReplyDeleteT.kasih ckgu yusri
ReplyDeletesyukran cikgu ....
ReplyDeletebibliografi mana ?
ReplyDeletebolh ke pendek cmtu ?
ReplyDeletebibliografi?
ReplyDeletepengenalan memang pendek je ke ?
ReplyDeletebibliografi tu bkn khe utk tokoh je???yg nie proposal je..blm PBS lengkap kot
ReplyDeletemcm mna nk buat nota kaki? plsss ajarkn
ReplyDeleteslm,x aa contoh pbs full ke?nk buat rujukan mcm mane nk tulis senarai kandungan?
ReplyDeletedepend pd cgu.. ad cgu yg ok ja buat cam ni.. ad yg tak..
ReplyDeletesalam nak tanya..
ReplyDeletety nak esei yg sebenar ikut format proposol ke..
atau boleh tunjuk contoh/format pbs sejarah..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete^^ trima ksih
ReplyDeleteinformasi yg sgt berguna. juga boleh dijadikan sbg. bahan rujukan
ReplyDeletekesimpulan dan penutup tajuk yang sama ke??
ReplyDeletehadooo.. manyak pendek la bro..
ReplyDeleteMemang pendek laa kertas cadangan. ni baru Bahagian B. Belum yang essei ilmiah nye
Deletetq admin . info yg sgt berguna . nasib baik jumpe blog ni . kalau x mesti dah tertekan nk wat proposal kehakiman dan perundangan ni . tu xmasuk esei lg . Cikgu sy ckp proposal mmg ringkas dan tepat . kalau panjang2 utk esei . tp bgantung pd cikgu jgk . cikgu sy nk yg ringkas dn tepat . Thankss again :)
ReplyDeletetakde sorotan kajian ke?
ReplyDeletekajian lepas ialah sorotan kajian
Deletekajian lepas ialah sorotan kajian
Deletecontoh sejarah tempat xada ke?
ReplyDeleteTerima kasih..boleh buat rujukan :)
ReplyDelete