Wednesday, January 20, 2010

Soalan STPM Sejarah Bahagian B

1. Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh barat.

2. Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campurtangan barat.

3. Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I dan Perang Candu I.


4. Sejauhmanakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke 20?


5. Bincangkan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911?
align="justify">
6. Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.
align="justify">
Sdara/sdri dengan adanya soalan2 ini saya harap ia dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sejarah kertas 2.

Monday, January 18, 2010

Soalan Sejarah Kertas 2 (2009)

Apa khabar semua??, Maaf kerana da lama x hantar berita baru. Ini adalah soalan stpm 2009 (bahagian A) Harap anda dapat buat rujukan dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.

Bahagian A

1. Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
2. Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British pada tahun 1874.
3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara dari tahun 1897 hingga tahun 1909.
4. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke 20. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
5. BIncangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.
6. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.

Sunday, January 10, 2010

Soalan Kertas 2 Sejarah STPM 2009

Salam, Apa khabar semua? Kepada calon-calon STPM 2009, sudah tentu anda rasa lega sebab dah selesai exam. Tapi anda pasti jawapan yang diberi akan mendapat markah yang cemerlang??

Berikut adalah komen saya terhadap mutu jawapan calon.
Soalan 1

Tidak ramai calon yang cuba menjawab ini. Memang sukar untuk menyatakan pentadbiran Brooke jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup. Sebab itu hanya 5% sahaja calon menjawab dan sayangnya gagal mendapat markah yang baik.

Soalan 2

Sangat popular dikalangan calon. Agaknya ramai yang dah buat 'spot' soalan ini. Syabas kepada mereka yang dapat memberikan gambaran tentang pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun ada juga calon yang merujuk kepada zaman Kesultanan Melaka. Ini sudah tentu akan mengurangkan impresion pemeriksa kepada jawapan tersebut.

Soalan 3

Soalan ini agak teknikal kerana calon perlu banyak menulis tentang perjanjian antara Siam dengan British. Jika tidak mempunyai pengetahuan yang jelas jangan cuba jawab. Ada juga calon yang tulis tentang Sistem Residen. (Hancus)

Soalan 4

Saya dah kata topik ni kena kaji betul2. Pembentukan masyakarat majmuk bukan soalan yang sukar. Calon kena faham definisi majmuk dan bagaimana boleh terbentuknya masyarakat tersebut dan untuk soalan ini mesti kaitkan dengan perdagangan.

Soalan 5

Saya juga dah pesan bahawa tema 3 (Gerakan kesedaran) kena baca semua. Nah, keluar soalan pasal Kaum Muda. Calon kena rujuk matlamat dan strategi sahaja.

Soalan 6

Pesanan saya kepada calon bahawaTema 4 anda kena baca pasal Pentadiran, Dasar Luar dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Selepas Merdeka. Ada juga calon cuba jawab tapi bagi huraian kat tema 1 buat apa, sudah tentu terpesong dan akan dapat markah O.

Sila dapatkan kertas soalan 2009 dan buat semakan kehendak soalan tersebut. nanti saya sambung lagi untuk bahagian B. Jumpa lagi.


Wednesday, December 23, 2009

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Kepada semua pengunjung blog ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya Korban / Adil Adha.
Semoga apa juga kerja baik yang dilakukan akan diberkati Allah SWT. Jangan lupa perjuangan pada hari isnin ini. Pastikan masa yang cukup terhad ini digunakan dengan baik.

Silalah semak semula ujian/latihan yang diberi, khususnya soalan-soalan ujian bulanan bermula dari sesi 2008 sehingga 2009.

Tuesday, November 24, 2009

Masih ada masa untuk persediaan kertas 2


Bagaimana dengan kertas 1 semalam. Adalah diharapkan semua berjalan dengan lancar. Buangkan segala yang berlaku semalam. Teruskan membuat ulangkaji kertas 2.

Saturday, November 21, 2009

Panduan Menjawab Soalan



Ini adalah amanat terakhir dari saya kepada semua calon 940/2. Pastikan apabila menjawab soalan anda mengambil berat aspek format jawapan iaitu mesti ada bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan.


Untuk menulis pengenalan pastikan setiap ayat yang dibina mempunyai kepentingan yang khusus, misalnya ayat pertama untuk menerangkan definisi, ayat kedua untuk memberikan latar belakang dan ayat ketiga menyentuh kehendak soalan.


Untuk penulisan perenggan isi, amat penting bagi setiap calon menyatakan fakta isi dengan tepat. Selain itu, huraian , contoh serta penegasan kepada isi utama harus dinayatakan dengan lancar dan dapat memikat minat pemeriksa. Juga hendaklah pastikan bahawa ayat terakhir dalam perenggan isi itu dapat menegaskan semula akan fakta yang diberi pada permulaan perenggan tadi.


Akhirnya bagi menulis perenggan kesimpulan, sila tentukan bahawa anda dengan jelas menulis bahawa itu adalah perenggan kesimpulan (sebagai contoh ...... Sebagai kesimpulannya adalah jelas bahawa ........) Jika anda dapat membuat perkembangan kepada persoalan yang ditulis dalam esei, maka ia adalah amat bagus dan dapat membantu mengukuhkan lagi kesimpulan anda.


Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Selamat berjuang pada 30 November, 2009. Salam bahagia.