Monday, April 12, 2010

Panduan Memahami Tema I (Bahagian B)

Salam hormat & salam sejahtera.

Saya pasti anda telah selesai mempelajari tajuk - tajuk dalam tema 1, bahagian B.
Perlu saya tegaskan disini bahawa calon2 wajib memahami dengan terperinci semua tajuk yang terdapat dalam tema satu ini.

Tajuk-tajuknya adalah seperti berikut :
a. Institusi Pemerintahan
b. Hukum Adat & Agama & Kepercayaan
c. Sistem Sosial & Susunlapis masyarakat
d. Sistem Ekonomi

Untuk tajuk 1 (Institusi Pemerintahan) saya mencadangkan agar calon memahami dengan jelas konsep, struktur dan peranan pemerintah yang terdapat di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.

Pemerintah merujuk kepada Raja, Maharaja. Istilah Raja diguna pakai dikebanyakan negara Asia Tenggara manakala Maharaja digunakan di negara China dan Jepun.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah soal perbezaan antara konsep/tugas/kedudukan Raja/Maharaja di negara2 yang berkenaan. Di negara Thai misalnya ia (kedudukan Raja/Maharaja) berbeza dengan Negara China serta Jepun.

Perbezaan2 itu haruslah dirujuk dari segi Kuasa, Kedudukan, Konsep serta Peranan. Maka cuba2lah dapatkan maklumat lanjut mengenainya.. Anda juga di minta merujuk kepada contoh2 soalan STPM....

Jumpa lagi..

Thursday, March 18, 2010

Koleksi Soalan Sejarah STPM (Bahagian B)

Tema 1:

2007 - Bandingkan institusi pemerintahan kemaharajaan di China dengan Jepun pada abad ke-19.

2006 - Bandingkan susunlapis masyarakat Vietnam dengan Jepun pada abad ke - 19.

2005 - "Masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke 19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama". Bincangkan.

2004 - Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.

2003 - Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan Filipina sebelum kedatangan barat

2003 - Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan barat .

2002 - Huraikan ekonomi komersil di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan barat pada abad ke-19.

2002 - Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa asing.

2002 - Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.

2001 - Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.

2001 - Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial zaman Tokugawa dan zaman Manchu pada abad ke-19.

Saturday, February 27, 2010

Sejarah Catat Sejarah

Keputusan STPM yang diumumkan hari khamis yang lepas amat melegakan panitia sejarah kerana mencapai peningkatan sebanyak 15 %.
Seramai 14 orang calon mendapat A. Ini adalah keputusan yang terbaik sejak tahun 1998. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Juga tahniah kepada guru2 sejarah Munshi... Kekalkan kecemerlangan......

Wednesday, January 20, 2010

Soalan STPM Sejarah Bahagian B

1. Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh barat.

2. Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campurtangan barat.

3. Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I dan Perang Candu I.


4. Sejauhmanakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke 20?


5. Bincangkan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911?
align="justify">
6. Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.
align="justify">
Sdara/sdri dengan adanya soalan2 ini saya harap ia dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sejarah kertas 2.

Monday, January 18, 2010

Soalan Sejarah Kertas 2 (2009)

Apa khabar semua??, Maaf kerana da lama x hantar berita baru. Ini adalah soalan stpm 2009 (bahagian A) Harap anda dapat buat rujukan dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.

Bahagian A

1. Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
2. Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British pada tahun 1874.
3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara dari tahun 1897 hingga tahun 1909.
4. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke 20. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
5. BIncangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.
6. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.

Sunday, January 10, 2010

Soalan Kertas 2 Sejarah STPM 2009

Salam, Apa khabar semua? Kepada calon-calon STPM 2009, sudah tentu anda rasa lega sebab dah selesai exam. Tapi anda pasti jawapan yang diberi akan mendapat markah yang cemerlang??

Berikut adalah komen saya terhadap mutu jawapan calon.
Soalan 1

Tidak ramai calon yang cuba menjawab ini. Memang sukar untuk menyatakan pentadbiran Brooke jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup. Sebab itu hanya 5% sahaja calon menjawab dan sayangnya gagal mendapat markah yang baik.

Soalan 2

Sangat popular dikalangan calon. Agaknya ramai yang dah buat 'spot' soalan ini. Syabas kepada mereka yang dapat memberikan gambaran tentang pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun ada juga calon yang merujuk kepada zaman Kesultanan Melaka. Ini sudah tentu akan mengurangkan impresion pemeriksa kepada jawapan tersebut.

Soalan 3

Soalan ini agak teknikal kerana calon perlu banyak menulis tentang perjanjian antara Siam dengan British. Jika tidak mempunyai pengetahuan yang jelas jangan cuba jawab. Ada juga calon yang tulis tentang Sistem Residen. (Hancus)

Soalan 4

Saya dah kata topik ni kena kaji betul2. Pembentukan masyakarat majmuk bukan soalan yang sukar. Calon kena faham definisi majmuk dan bagaimana boleh terbentuknya masyarakat tersebut dan untuk soalan ini mesti kaitkan dengan perdagangan.

Soalan 5

Saya juga dah pesan bahawa tema 3 (Gerakan kesedaran) kena baca semua. Nah, keluar soalan pasal Kaum Muda. Calon kena rujuk matlamat dan strategi sahaja.

Soalan 6

Pesanan saya kepada calon bahawaTema 4 anda kena baca pasal Pentadiran, Dasar Luar dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Selepas Merdeka. Ada juga calon cuba jawab tapi bagi huraian kat tema 1 buat apa, sudah tentu terpesong dan akan dapat markah O.

Sila dapatkan kertas soalan 2009 dan buat semakan kehendak soalan tersebut. nanti saya sambung lagi untuk bahagian B. Jumpa lagi.


Wednesday, December 23, 2009