Asalamualaikum wmw dan salam sejahtera.
Sama ada anda sedar atau tidak kita telah memasuki bulan ketiga dalam tahun ini. Maknanya dah 3 bulan berlalu.
Adakah anda sedar akan betapa cepatnya masa berlalu?
Adakah anda pasti persediaan yang anda buat berjalan lancar?
Adakah anda sedar akan anda dah faham dan jelas sukatan pelajaran anda?
Atau adakah anda masih lagi tak buat apa2??
Fikir2kan lah...
Panduan belajar kertas 2:
a. Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Timur)
Asia Tenggara (Thailand, Myanmar, Indonesia, Vietnam, Filipina)
Senarai di atas adalah negara-negara Asia Tenggara yang mesti diketahui , namun masih ada calon yang tidak dapat meletakkan negara-negara di atas dalam kelompok Asia Tenggara.. hati2..
Asia Selatan (India& Pakistan)
Asia Timur (China & Jepun)
b. Dalam Tema 1 anda belajar tentang Institusi Pemerintahan di negara-negara yang saya senaraikan di atas.
Dalam tajuk Institusi Pemerintahan ini ada perlu faham akan sub tajuknya iaitu :
a. Institusi Pemerintahan
b. Hukum Adat
c. Sistem Sosial
d. Agama & Kepercayaan
e. Ekonomi
f. Dasar buka pintu & buka pintu
Yang membezakan bhg A dgn bhg B adalah dari segi negaranya.. Bahagian A anda hanya merujuk Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak sahaja manakala dalam bhg B anda perlu membuat penelitian terhadap semua negara di Asia yang saya senaraikan di atas.
Untuk tajuk Institusi Pemerintahan :
a. Buat rujukan tentang Sistem beraja di Thailand, Myanmar
b. Rujuk sistem Maharaja di China, Jepun dan Vietnam
Perkara yang perlu difokus adalah mengenai konsep raja/maharaja, peranan raja/maharaja. Selain daripada itu bacalah juga tentang ciri-ciri raja/maharaja, keistimewaan raja/maharaja. Penekanan kepada perbandingan antara raja/maharaja juga perlu didberi perhatian.
Selamat Mencuba..
Banyakkan buat latihan.....
Cuba jawab soalan-soalan ini.
1. Bincangkan sistem beraja yang diamalkan di negara Thailand dan Myamar pada abad ke- 19.
2. Bandingkan sistem maharaja yang diamalkan di Negara Jepun dan China pada abad ke- 19.
No comments:
Post a Comment