Tuesday, May 10, 2011

Nota Sejarah : Tema 1 (Sejarah Malaysia)

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.


A. PENDAHULUAN

1. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
2. Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
3. Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
4. Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.

ISI

(A) – Peringkat Negeri

1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.
3. Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.
4. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
5. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
6. Perlantikan sultan/raja..
a. sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh: Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan).
b. N.Sembilan – perlantikan dari pada bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.
c. Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.
7. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor.

(B) – Peringkat Daerah

1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2. Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.
3. Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
4. Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :
5. Menghadiri istiadat pertabalan.
6. Adat menjunjung duli.
7. Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
8. Tugas-tugas pembesar daerah:
a. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
b. Menyediakan tentera
c. Menyediakan kerahan tenaga
d. Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f. Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

9. Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

(C) – Peringkat Kampung

1. Unit pentadbiran paling kecil
2. Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
3. Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
4. Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
5. Tugas-tugas penghulu
a. Memungut cukai
b. Menjaga keamanan kampung
c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e. Mendapatkan tenaga buruh.
f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

KESIMPULAN

1. Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik

2. Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.







Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19.

PENDAHULUAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).

2. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka.

3. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat.

4. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.

ISI

Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung

(A) Bersifat Matriachal/Patriachal
1. Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
 kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta
 Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu
 Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.
2. Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga
 Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
 Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.
 Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

(B) Perkahwinan
1. Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda
 bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
 tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
2. Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.



(C) Taraf perkahwinan
1. Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.
2. Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

(D) Pentadbiran
1. Adat Perpatih bersifat demokrasi
 kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.
 Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
 Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.
2. Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak)
 hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.
 pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
 sultan melantik pembesar
 pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
 sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara
 anak lelaki sultan adalah pewaris takhta
 sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
(E) Perundangan
1. Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat
 kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
 ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
 Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
2. Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
 hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
 Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.

(F) Pembahagian Harta
1. Dalam Adat Perpatih harta milik keluarga
 Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.
 Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
 Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
 Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.
 Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.

2. Manakala Adat Temenggung harta milik individu
 Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
 Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
 Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.

KESIMPULAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin, menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.
2. Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.
3. Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat tempatan.







Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
 Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
 Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
 Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
 Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

b) Pembesar daerah
 Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
 Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
 Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
 Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
 Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
 Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
 Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
 Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
 Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
 Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta
 Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
 Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
 Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa
 Petani, nelayan, dagang dan tukang.
 Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
 Mengamalkan tradisi gotong-royong.
 Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
 Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing
 Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
 Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
 Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
 Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.



c) Golongan hamba
 Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
 Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
 Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
 Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

KESIMPULAN

 Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
 Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

No comments:

Post a Comment