Sunday, January 13, 2013

Soalan Kerja Kursus Sejarah (940/4)

Soalan : 
Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500-3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di bawah ini.

Tema 1 - Sejarah tempat
Tema 2 - Sejarah ekonomi 
Tema 3 - Sejarah seni dan kebudayaan
Tema 4 - Sejarah perubatan dan kesihatan 


MENGAPA PERLU DITAWARKAN EMPAT TEMA, TIDAK DUA TEMA

Kerja Kursus memerlukan calon menghasilkan sebuah esei ilmiah untuk ditaksirkan.  Esei ilmiah mestilah berdasarkan penyelidikan menerusi penggunaan sumber primer dan juga sumber sekunder.  Keupayaan calon menjalankan penyelidikan bergantung kepada sejauhmanakah mereka mendapat akses kepada sumber-sumber yang relevan.  Tanpa akses kepada sumber yang diperlukan, calon tidak akan mampu menghasilkan sebuah esei ilmiah yang baik. 

Sekiranya, kerja kursus membataskan hanya kepada dua tema, misalnya sejarah ekonomi dan sejarah ketenteraan, ada kemungkinan besar sekolah di sesebuah daerah tidak berpeluang menjalankan penyelidikan yang sempurna kerana sumber kepada tema-tema ini sukar diperolehi di daerah mereka yang jauh dari ibu negeri di mana terletaknya arkib dan perpustakaan.  Adalah tidak adil kepada mereka berbanding pelajar lain yang sekolah mereka di kawasan bandar utama.  Calon yang tinggal berdekatan bandar utama akan mempunyai advantage kerana mereka secara mudah memperolehi sumber yang diperlukan. 
Oleh itu, pemilihan tema mestilah mengambilkira kemudahan memperolehi sumber bagi setiap calon tidak kira di mana mereka tinggal.  Sekiranya, calon ditawarkan empat tema, misalnya tema sejarah ekonomi, sejarah politik, sejarah seni dan kebudayaan dan sejarah perubatan dan kesihatan, maka pilihan kepada calon lebih terbuka.  Calon yang berada jauh daripada pusat bandar – sukar untuk berulang-alik dan perlukan belanja besar untuk ke sana misalnya, boleh memilih tema yang mereka dapati akses kepada sumbernya lebih mudah diperolehi.  Contohnya, calon luar bandar yang jauh daripada arkib dan perpustakaan negeri, boleh memilih tema sejarah seni dan kebudayaan atau sejarah politik.  Menerusi tema ini mereka boleh tumpu kepada seni dan kebudyaan atau politik local.  Penyelidikan yang hendak dijalankan mejadi lebih mudah kerana mereka boleh menggunakan kaedah sejarah lisan atau menggunakan sumber tempatan bagi mengumpul maklumat untuk menulis esei yang diperlukan.

Tegasnya, menyediakan pilihan tema lebih banyak memberikan keadilan dan peluang yang sama kepada setiap calon walau di manapun mereka berada.  Memandangkan criteria pentaksiran  ke atas esei calon adalah berdasarkan kepada criteria yang sama, maka setiap calon juga mestilah diberikan kemudahan menjalankan penyelidikan dan akses yang sama bagi memperolehi sumber bahan yang mereka perlukan.  Menawarkan empat tema adalah langkah yang munasabah bagi mewujudkan ‘padang’ yang sama rata ini kepada setiap calon.

Penawaran kursus juga sepatutnya dipelbagaikan dari sudut aras kesukarannya.  Pengkategorian sukar, mudah atau sukar sesuatu tema adalah bersifat relatif – tergantung kepada dua keadaan, iaitu familiarity seseorang calon terhadap subjek dan akses calon kepada bahan.  Calon STPM datang dari pelbagai lapisan dan tempat yang berbeza.  Keadaan ini mempengaruhi keupayaan mereka menguasai tema-tema tertentu kerana kebanyakan tema untuk kerja kursus ini tidak tertakluk kepada isi kandungan sukatan. Tema-tema tertentu, contohnya sejarah sains dan teknologi atau sejarah perubatan dan kesihatan mungkin sukar kepada sesetengah calon yang kurang familiar dengan subjek ini dan juga yang tiada akses untuk memperolehi bahan-bahan yang relevan.  Tetapi adalah mudah kepada sesetengah calon bandar yang terdedah luas kepada pelbagai sumber maklumat dan ada akses luas untuk mendapatkan bahan rujukan.  Dengan memberikan lebih pilihan, calon boleh memilih tema dan aspek yang mereka ada familiriti dan juga akses kepada sumber bahan berkaitan. 

Kedua-dua keadaan ini yang menetukan performans calon, bukannya aras kesukaran setiap tema.  Tegasnya, calon perlu diberikan peluang menjalankan penyelidikan berdasarkan kepada familiarity ke atas subjek kajian dan juga keluasan akses kepada sumber maklumat.  Aras mudah, sederhana dan sukar tidak mementukan kualiti hasil kerja calon kerana sifat relative setiap subjek tema itu.  Tambahan pula, apa yang hendak ditaksirkan bukanlah hanya tertumpu kepada isi subjek kajian, tetapi ‘kemahiran’ calon dari sudut mengumpul, menganalisis maklumat dan membina sebuah esei ilmiah yang bermutu yang dapat ditampilkan kerja penyelidikan yang mereka lakukan.

TEMA PILIHAN

Sejarah Tempat – (Aras mudah)
Tema ini adalah dalam kategori sejarah local/tempatan – cakupannya meliputi aspek asal-usul dan pembukaan serta perkembangan sesebuah petempatan, perkembangan sebagai sebuah petempatan – samaada sebagai sebuah kampong, bandar tradisi, bandar baru, atau kawasan/tapak berkait rapat dengan  sesuatu kegiatan manusia dalam pelbagai bidang kegiatannya.  Contohnya, Bukit Jugra, Kuala Kangsar, Kampung Baru Kuala Lumpur, Lukut, Taiping, Pasir Salak, FELDA dan lain-lain petempatan yang ada signifikansi sejarah masing-masing untuk diteliti.

Sejarah ekonomi – (Aras sederhana)
Tema ini memiliki cakupan luas dan boleh diteliti pada paras local, nasional mahupun global. Antara aspek yang dapat diteliti adalah seperti; dasar ekonomi kerajaan pusat atau kerajaan negeri, perlaksanaan mahupun  kesannya di daerah, negeri atau nasional; kegiatan ekonomi dalam bentuk pertanian – perladangan atau kebun kecil, perniagaan, perdagangan, dan perindustrian – yang bersifat tradisional atau moden di daerah, negeri atau nasional; tokoh ekonomi – usahawan kecil atau besar dalam pelbagai bidang, pemikiran tokoh ekonomi, hubungan perdagangan antara-negara, dan juga perkembangan/kemajuan sector-sktor ekonomi tertentu. Masih dalam cakupan sejarah ekonomi adalah isu-isu tentang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, agihan pendapatan, taraf hidup, kemiskinan, guna tenaga dan pengangguran, dan sebagainya. 

Sejarah seni dan kebudayaan – (Aras mudah)
Skop penelitian tema ini juga luas, meliputi segala aspek manusia dalam menjalani kehidupan mereka. Seni pada amnya sudah tercakup dalam konsep kebudayan.  Dalam ertina yang luas, kebudayaan meliputi cara, gaya dan amalan dalam kehidupan manusia- khususnya tindakan-tindakan mereka dalam menyusun kehidupan secara teratur, sehingga terbitnya kebiasaan-kebiasaan/convention yang menjadi piawai dan diperturunkan secara berterusan ke dalam masyarakat. Jadi, kebudayaan mencakupi banyak dimensi kehidupan manusia.  Contohnya, seni adalah satu aspek kebudayaan yang berkaitan dengan tahap perkembagan daya ekspresi dalam sesebuah masyarakat – yang boleh dikategorikan ke dalam pelbagai genre seperti seni tari, seni lagu, seni tampak, seni lukis, seni puisi, syair dan sebagai.  Aspek-aspek ini mengalami perubahan dan perkembangan dari semasa ke semasa, misalnya dari tahap tradisional ke moden. Manakala aspek lain kebudayaan adalah seperti – cara hidup dalam masyarakat tradisional sepeerti perkahwinan, cara berlakunya hubungan dalam masyarakat, cara mendidik anak, cara menjalankan sesuatu kegiatan baik dalam ekonomi, politik, dan sebagainya.

Sejarah perubatan dan kesihatan – (Aras sukar)
Cakupan tema ini meliputi aspek-aspek tentang cara bagaimana manusia mengendalikan dan merawat diri  mereka daripada penyakit baik yang bersifat fizikal mahupun spititual sehingga munculnya pelbagai institusi, kaedah dan cara memelihara kesihatan tersebut sejak zaman berzaman, iaitu kaedah merawat kesihatan dan institusi perubatan tradisional dan juga  kemunculan kaedah dan institusi perubatan moden. Aspek-aspek ini boleh diteliti dalam lingkup local, negeri atau nasional.  Contohnya, masalah perebakan penyakit dan langkah mengatasinya yang berlaku di sesuatu kampung, negeri atau Negara. Juga tentang dasar kesihatan kerajaan, isntitusi bidan kampung, bomoh, kemudahan kesihatan, perubatan Islam dan sumpamanya. Rengkasnya, cakupan tema ini bepusat kepada soal penyakit, rawatan perubatan, institusi seperti bomoh/hospital, tokoh perubatan dan lain-lain.
  

4 comments:

  1. ada yang contoh punya ka? yg tiap2 tema supaya senang nak banding nanti.. maksud contoh sini,yg full kerja kursus..

    ReplyDelete
  2. ade ker contoh bg setiap tema..x dpt gambarkan nak buat kajian ini

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,ada ke contoh untuk tema perubatan dan kesihatan. Terima kasih

    ReplyDelete