Wednesday, January 30, 2013

PBS Sejarah : Contoh Cadangan Kajian

Bahan ini disediakan sekadar membantu calon-calon mendapatkan gambaran penyediaan esei sejarah .




KERTAS CADANGAN BAGI KERJA KURSUS SEJARAH







Nama :

Kelas : 

No I/C : 

Tajuk : Budaya Baba Nyonya.
  
Pemilihan tajuk

Saya  telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
                                                                                                                    

Pengenalan

Cara hidup dan kebudayaan Baba N

 

 

 


 
yonya:


Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

                    

Objektif kajian

Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah

a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk  mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.


Permasalahan kajian

Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

  
Skop kajian

Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.


Kajian Lepas:

Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.


Kaedah Kajian

Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di Jonker Walk.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.

  
Pembahagian Struktur esei.


Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.



Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.



Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah  golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.




Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.




Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan makanan masyarakat orang Melayu.



Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

37 comments:

  1. Memang pendek dan ringkas macam ni ke?

    ReplyDelete
  2. Wait! ^^ Objektif Kajian & Pemasalahan Kajian tue mmg berkait rapat je ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, saya dengar dua benda nih memeng berkait rapat pun

      Delete
  3. kalau cikgu saya dah kena sembelih dah nyh ,. awat pendek sangat ,. bukan 2500 patah perkataan ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Eyzaty :)
      2500 tu utk esei
      kalau kertas cadangan x kira berapa patah perkataan :)
      ada dekat manual tu :)

      Delete
    3. cikgu bleh detect plagiat klu ikut sebijiki2

      Delete
  4. ni hanya kertas cadangan je .. kalau nak panjang buat sendiri .. haha xD

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. nk masukkan footnote tu kt mana??

    ReplyDelete
  7. pengenalan memang pendek je ke ?

    ReplyDelete
  8. bibliografi tu bkn khe utk tokoh je???yg nie proposal je..blm PBS lengkap kot

    ReplyDelete
  9. mcm mna nk buat nota kaki? plsss ajarkn

    ReplyDelete
  10. slm,x aa contoh pbs full ke?nk buat rujukan mcm mane nk tulis senarai kandungan?

    ReplyDelete
  11. depend pd cgu.. ad cgu yg ok ja buat cam ni.. ad yg tak..

    ReplyDelete
  12. salam nak tanya..
    ty nak esei yg sebenar ikut format proposol ke..
    atau boleh tunjuk contoh/format pbs sejarah..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. informasi yg sgt berguna. juga boleh dijadikan sbg. bahan rujukan

    ReplyDelete
  15. kesimpulan dan penutup tajuk yang sama ke??

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Memang pendek laa kertas cadangan. ni baru Bahagian B. Belum yang essei ilmiah nye

      Delete
  17. tq admin . info yg sgt berguna . nasib baik jumpe blog ni . kalau x mesti dah tertekan nk wat proposal kehakiman dan perundangan ni . tu xmasuk esei lg . Cikgu sy ckp proposal mmg ringkas dan tepat . kalau panjang2 utk esei . tp bgantung pd cikgu jgk . cikgu sy nk yg ringkas dn tepat . Thankss again :)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih..boleh buat rujukan :)

    ReplyDelete