Wednesday, January 30, 2013


Contoh 2 : 
Tajuk  : Perkembangan Kampung Morten menarik minat pelancong

Pemilihan tajuk

Saya telah memilih tajuk Perkembangan Kampung Morten menarik minat pelancong kerana kampung morten  merupakan salah satu tinggalan sejarah. Selain itu,ia juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke Melaka bagi pelancong yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kampung morten. Kawasan kajian ini juga merupakan sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikaji kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.

Pengenalan

Asal usul Kampung Morten

            Kampung Morten adalah satu-satunya perkampungan tradisional dimana rata-ratanya adalah penduduk kaum melayu yang terletak di Bandar Melaka. Kampung Morten juga dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk iaitu rekaan rumah mereka.

            Perkampungan ini wujud dari tahun 1920-an lagi dengan pengasasnya adalah Dato Demang, dan diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg  dipindahkan dari Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.




Objektif Kajian

Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah ;

a) Untuk mengenalpasti perkembangan yang berlaku terhadap Kampung Morten.
            -Di kawasan kajian saya terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji tentang pembangunan Kampung Morten yang kini semakin membangun malah kawasan          persekitarannya juga turut       membangun.

b) Untuk mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membangunkan  Kampung Morten.
            -Saya juga berminat untuk mengkaji langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan hingga Kampung Morten kini telah berlaku pembaharuan.

c) Untuk mengenalpasti potensi kawasan kajian.
            -Saya juga mengkaji kawasan Kampung Morten ini kerana saya berminat untuk mengetahui          apa yang boleh dilakukan di Kampung Morten ini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui      apakah kemampuan Kampung Morten untuk menjadi daya penarik bagi sektor pelancongan           di Malaysia.



Permasalahan Kajian

Saya akan mengupas mengenai latar belakang Kampung Morten. Kemudian saya akan mengkaji beberapa faktor yang menyebabkan Kampung Morten kini semakin membangun. Saya juga akan memberi fokus yang lebih terhadap aspek usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Morten ini malah di kawasan persekitarannya juga turut membangun.




Skop Kajian

Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kampung Morten. Kemudian saya akan mengkaji mengenai tinggalan sejarah yang ada di Kampung Morten. Seterusnya saya akan mengkaji tentang pembangunan yang berlaku di Kampung Morten.




Kajian Lepas


Seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaya telah manjalankan kajian tentang Kampung Morten. Berdasarkan kajian beliau,saya telah mendapati beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah sumbangan yang diberikan untuk memajukan Kampung Morten, faktor pembangunan Kampung Morten di Melaka dan sebagainya.


Kaedah Kajian

Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah;

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang penduduk yang tinggal di Kampung Morten.

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan yang ingin saya kaji untuk menambahkan lagi maklumat dalam penyelidikan saya dan saya juga akan melakukan penelitian yang lebih mendalam.

c) Melayari internet :- Kaedah ini turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat. Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai kampung morten ini dan banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.





Pembahagian Struktur Esei.


Bahagian 1 : Asal usul Kampung Morten

Di dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan mengenai latar belakang Kampung Morten dengan lebih terperinci. Di dalam ini juga turut diselitkan beberapa lagi versi yang berkaitan dengan perolehan nama Kampung Morten.



Bahagian 2 : Keistimewaan Kampung Morten

Di dalam bahagian ini pula, saya akan menerangkan beberapa keistimewa yang berupaya untuk menarik tumpuan pelancong terutamanya dari luar negara. Menjejaki Kampung Morten buat pertama kali menjanjikan satu pengalaman indah kepada setiap pengunjung yang datang ke perkampungan tradisional itu yang rata-ratanya kaum Melayu. Masakan tidak, pengunjung akan dapat melihat semua rumah yang berjumlah hampir 200 buah rumah tersusun dalam bentuk tradisi sama ada dari segi bentuk bumbung, tangga, hiasan dalaman selain cara menghias. Ia seolah-olah dapat membawa pengunjung bersama-sama ‘kembali’ kepada zaman Kerajaan Melayu Melaka yang tidak dapat diterokai oleh generasi kini.


Bahagian 3 : Faktor pembangunan Kampung Morten

Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai faktor pembangunan Kampung Morten tersebut. Berdasarkan lawatan, saya telah mengenalpasti bahawa kedudukan kawasan yang terdapat di kawasan kampung morten sangat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti.





Penutup

Saya berharap dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih mengenali Kampung Morten ini yang ditinggalkan oleh penjajah British. Selain itu,saya juga berharap agar Kampung Morten ini dapat menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke negara ini seterusnya menyumbang kepada ekonomi pendapatan negara.


Contoh 3 : 

Tajuk : Adat Istiadat Dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu .

Pemilihan tajuk

Saya telah memilih tajuk : Perkahwinan Orang Melayu : Adat Istiadat dalam Perkahwinan Orang Melayu .Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan yang dimana terdapatnya ramai penduduk masyarakat yang berbangsa Melayu . Selain itu, saya juga amat tertarik dengan adat-adat yang digunapakai oleh kaum Melayu sejak turun – temurun lagi . Bagi saya adat istiadat perkhawinan orang Melayu adalah satu adat yang unik dan menarik .



Pengenalan

Asal usul adat perkhawinan kaum Melayu
 


            Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

            Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar .
.
Objektif kajian

Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah :

a). Untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat istiadat perkahwinan Melayu kepada masyarakat :
   - Amalan dalam perkahwinan Melayu adalah satu adat yang sangat unik kerana mempunyai banyak upacara seperti merisik ,menghantar tanda ,bertunang ,dan bernikah .Ia juga dapat menunjukkan kesanggupan pengantin lelaki dalam usaha mendapatkan gadis tersebut .


b) Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu :
  - Saya juga akan memperkenalkan pelbagai upacara yang diguna oleh masyarakat Melayu dalam majlis perkahwinan .
.






Permasalahan kajian

Saya akan mengkaji tentang amalan-amalan yang diguna oleh kaum Melayu yang ditinggal sejak turun temurun . Kemudian saya akan mengupas beberapa aspek yang berkaitan dengan adat perkahwinan ini dengan lebih terperinci lagi. Saya juga akan memberi fokus yang lebih mendalam terhadap bagaimana masyarakat Melayu mengamalkan adat istiadat tersebut sehingga ke hari ini. .



Skop kajian.

Saya akan mengkaji mengenai amalan yang terdapat dalam perkahwinan  masyarakat Melayu . Kemudian saya akan menyelidik bagaimana adat-adat tersebut digunakan dalam masyarakat sekarang .Lalu saya akan mengkaji pula pandangan masyarakat setempat tentang amalan-amalan perkahwinan ini .




Kajian Lepas

Seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian yang berkitan dengan adat perkahwinan kaum Melayu ini . Berdasarkan kajian beliau, saya telah mendapati beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah upacara yang masih diamalkan dalam adat resam perkahwinan sejak dari dulu hingga sekarang .



Kaedah Kajian

Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang penduduk tempatan yang menetap di kawasan ini yang mempunyai penduduknya majoriti orang Melayu .

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian iaitu Muzium yang mempunyai maklumat tentang amalan-amalan ini .Dan saya sendiri juga ke tempat yang berlangsung upacara-upacara Melayu ini

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana  ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat dengan cepat dan banyak .

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa buah karya ilmiah yang sedikit sebanyak dapat  menyumbang kepada hasil kajian saya.





Pembahagian Struktur esei.


Bahagian 1 : Amalan yang dilakukan dalam majlis perkahwinan kaum Melayu

Di bahagian 1 ,saya mengenalkan serba sedikit perihal upacara-upacara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ini .Upacara-upacara seperti merisik ,melamar ,bertunang dan bernikah ini merupakan satu adat istiadat yang diguna kan oleh masyarakat Melayu dejak dari dulu lagi .

Bahagian 2 : Amalan Merisik
Merisik merupakan salah satu amalan yang diamalkan oleh orang melayu. Amalan ini adalah untuk mengenalkan kaum saudara mara bakal pengantin dan merapatkan lagi hubungan silaturahin antara mereka.

Bahagian 3 : Amalan Bertunang
Amalan ini adalah untuk mengesahkan persetujuan antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Selain itu, terdapat juga pelbagai adat iaitu menyarung cincin persetujuan oleh ibu bakal pengantin lelaki.

Bahagian 4 : Adat Perkahwinan
Adat ini merupakan antara acara terbesar. Dimulai dengan pernikahan dan diakhiri dengan majlis persandingan yang dihadiri oleh seluruh ahli keluarga.


.

Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk mengamalkan lagi adat istiadat – adat istiadat yang ditinggal turun – temurun . Selain itu, saya juga berharap agar masyarakat Melayu tidak melupakan adat istiadat perkahwinan yang semakin lama dipandang sepi oleh masyarakat Melayu sekarang .



Contoh 4 : 
Tajuk : PORTUGIS MELAKA, SUATU TARIKAN

Pemilihan tajuk

Saya telah memilih tajuk Portugis Melaka, suatu tarikan. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan yang dimana pernah menjadi tempat penjajah pada masa dahulu. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan budaya dan tarian yang kini menjadi tingalan warisan yang bersejarah. Bagi saya Perkampungan Portugis adalah sebuah tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.


Pengenalan

Asal usul Perkampungan Portugis,

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya,lagu dan tarian Portugis sehingga  hari ini.




 

 

 


 
Objektif kajian

Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah

a) untuk mengkaji warisan tinggalan penjajah yang telah ditinggalkan seabad lamanya.
   - Di kawasan yang saya kaji terdapat pelbagai budaya dan warisan  yang menarik minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

b) untuk mengenalpasti potensi kawasan kajian
   - Saya juga mengkaji kawasan Perkampungan Portugis ini kerana saya berminat untuk mengetahui apa yang tersirat disebalik kampung ini. Saya juga ingin mengathui apakah kemampuan Perkampungan Portugis ini untuk menjadi daya penarik bagi sektor pelancongan di Malaysia.

c)untuk mengkaji sejarah lagu dan tarian tempat kajian
   -Merupakan salah satu lagu dan tarian yang terkenal serta telah  menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara untuk menghayati keistimewaan lagu Portugis ini.







Permasalahan kajian

Saya akan mengupas mengenai latar belakang Perkampungan Portugis. Kemudian saya akan mengkaji beberapa aspek ekonomi dan struktur permukaan bumi Perkampungan Portugis. Saya juga akan memberi fokus yang lebih terhadap luas kawasan dan cara hidup mereka.




Skop kajian.

Saya akan mengkaji mengenai asal usul sejarah Portugis yang kini menjari warisan negara. Kemudian saya akan mengkaji mengenai keistimewaan tarian dan pakaian serta  kegiatan ekonomi dan struktur permukaan tanah di kawasan kajian. Lalu saya akan mengkaji pula mengenai kesan pembukaan Perkampungan Portugis terhadap masyarakat setempat.


Kajian Lepas

Seorang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian yang berkitan dengan Perkampungan Portugis. Berdasarkan kajian beliau, saya telah mendapati beberapa aspek yang telah dikaji oleh beliau. Antaranya ialah, keluasan Perkampungan Portugis, jumlah penduduk yang menetap di Perkampungan Portugis dan sebagainya.





Kaedah Kajian

Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang penduduk tempatan

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian iaitu Perkampungan Portugis, bagi melakukan penelitian yang lebih mendalam.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana  ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.









Pembahagian Struktur esei.


Bahagian 1 : Asal usul Perkampungan Portugis

Di dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan mengenai latar belakang Perkampungan Portugis  dimana  satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan masyarakat serani. Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu dengan lebih terperinci lagi. Di dalam ini juga turut diselitkan beberapa lagi versi yang berkaitan dengan budaya kehidupan masyarakat Portugis di Melaka.



Bahagian 2 : Keistimewaan Tarian dan lagu warisan Portugis

Di bahagian pertengahan pula, saya akan mengupas mengenai keunikan tarian joget masyarakat Portugis yang dikenali sebagai Tarian Portugis di Melaka.  . Keunikkan tarian joget ini adalah salah satu selingan dari projek kerja khusus saya. Saya menyelitkan bahagian ini kerana tarian ini merupakan salah satu tarikan untuk pelancong yang datang ke Melaka. Tambahan pula, tarian ini merupakan tarian yang senang untuk di ikuti dan menarik.



Bahagian 3 : Kegiatan ekonomi

Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk sekitar Perkampungan Portugis. Berdasarkan lawatan, saya telah mengenalpasti bahawa keadaan geografi tanah yang terdapat di Perkampungan Portugis  sangat sesuai untuk bagi menjalankan kegiatan perikanan.





Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai warisan penjajah portugis yang telah berabad berada di dalam negara ini. Selain itu, saya juga berharap agar Warisan Perkampungan Portugis ini akan dimajukan lagi supaya boleh menjadi salah satu tarikan pelancong dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara.




No comments:

Post a Comment