Saturday, November 21, 2009

SKEMA PERCUBAAN NEGERI MELAKA 2009

SULITKod Kertas: 940/2









MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI MELAKA
STPM 2009






SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH
KERTAS 2
( SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN,
DAN ASIA SELATAN, 1800-1963 )











PERINGATAN :
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.


Skema ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.
© Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009



1. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

Pendahuluan

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu pemerintah dan golongan diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.
3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.


A. ISI

Golongan diperintah

1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyai keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.
i. Mempunyai cerita mitos /kukuhkan kedudukannya

2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera/.
anak gahara
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.
b) Pembesar daerah
§ Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
§ Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
§ Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
§ Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
§ Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
§ Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.
§ Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.

c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.
§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi
§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta
§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.
§ Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan diperintah

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

a) Rakyat biasa
§ Petani, nelayan, dagang dan tukang.
§ Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
§ Mengamalkan tradisi gotong-royong.
§ Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
§ Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.

b) Rakyat asing
§ Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja.
§ Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
§ Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
§ Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.





c) Golongan hamba
§ Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.
§ Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
§ Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
§ Terdapat tiga jenis hamba:


i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

C.KESIMPULAN

§ Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
§ Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
§ Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.
























2. Perjanjian Pangkor telah dimetrai pada tahun 1874. Bincangkan kesan sistem pemerintahan yang diperkenalkan dari tahun 1874 hingga tahun 1896 di negeri-negeri Melayu.

A.Pendahuluan.

1.Sistem Residen mula di perkenalkan di negeri Perak setelah termetrainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.
2.Selain Perak ,negeri Sembilan,Selangor dan Pahang juga dikuasai oleh British dan mengamalkan sistem residen
3.Sistem Residen telah merubah struktur pentadbiran negeri Melayu daripada semua aspek seperti politik,ekonomi dan sosial.

B.Isi-isi.

1.Politik/pentadbiran
a.Seorang Residen menjadi penasihat kepada Sultan dalam semua aspek kecuali adat –istiadat Melayu dan agama Islam.
b.Kedudukan sultan dikekalkan sepertimana tradisinya tetapi hilang kuasa mutlaknya. Sebaliknya baginda akan dinasihati oleh residen.
c.Residen bertanggunjawab kepada Gabenor negeri –negeri Selat di Singapura.
d.Pembesar pembesar Melayu hilang kuasa mengutip cukai.
e.Kutipan cukai dilakukan oleh pegawai-pegawai yang telah dlantik oleh residen contohnya Pegawai Daerah,Majistret
f.Jawatan penghulu dikekalkan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat Melayu dengan pegawai British. Menyelesaikan masaalah kecil diperingkat kampung
g.British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang berperanan merangka perlembagaan negeri,menggubal undang-undang,menyusun sistem cukai menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu.
h.Menubuhkan jabatan –jabatan dalam usaha untuk melicinkan pentadbiran negrei Melayu contoh Jabatan Kerja Raya.
i.British memperkenalkan undang-undang barat bagi menggantikan undang-undang tradisi Melayu seperti Undang-Undang 99 Perak

2.Ekonomi
a.Tanaman getah diperkenalkan.
b.Dasar Tanah yang liberal, banyak tanah dibuka untuk dijadikan tanah pertanian.
c.Pengeluaran bijih timah meningkat disebabkan penggunan teknologi moden.
d.Suasana yang aman berjaya menarik pelabur-pelabur di dalam perusahaan getah dan bijih timah.
e.Pembentukan ekonomi moden telah membawa kemajuan dalam bidang pengangkutan.Landasan keretapi menghubungkan antara pusat pengeluaran dengan pelabuhan.contohnya Port Weld ke Taiping.Jalanaya dihubungkan antara pelabuhan dengan pusat –pusat kegiatan ekonomi.

f.Kewangan.
Institusi kewangan dan bank juga penting dalam perkembangan ekonomi moden.Bank-bank berperanan memberi kemudahan pinjaman bagi tujuan pelaburan terutamnya dalam perusahaan getah dan bijih timah.




3.Sosial.
a.Suasana aman menyebabkan pengeluaran bijih timah meningkat.

b.British telah mewujudkan balai-balai polis yang mana anggotanya terdiri daripada sepoi berbangsa India.

c.British mengharamkan sistem hamba atas alasan kemanusiaan.

d.Dasar terbuka British, menyebabkan kemasukan kaum China dan India ke negara ini secara beramai-ramai.Secara tidak langsung ia telah mewujudkan masyarakat majmuk .

e.British telah menjalankan dasar pecah dan perintah .Penduduk negara ini telah diasingkan mengikut pekerjaan dan empat tinggal.Kesannya tidak wujud semangat perpaduan /integrasi antara kaum di negara ini

f.Pendidikan moden diperkenalkan oleh British di negara ini.Antara sekolah pertama dibina di negara ini ialah Sekolah Penang Free School,Malacca Free School dan Singpore Free School.

4.Penentangan
a.Pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh British telah membawa kemajuan di negeri-negeri Melayu.

b.Walaubagaimana pun wujud perasaan tidak puas hati terhadap pembaharuan yang telah dilakukan oleh British Contohnya penghapusan sistem hamba dan larangan mengutip cukai serta hilangnya kuasa sultan dan pembesar

c.Penentangan berlaku di Perak oleh pembesar dan kerabat di raja Perak.Di Negeri Sembilan oleh Yam Tuan Tengku Antah dan Dato Syahbandar.Manakala di Pahang penentangan di pimpin oleh Dato Bahaman.


C.Kesimpulan.

a.Kedatangan British telah berjaya merubah sistem ekonomi negeri-negeri daripada saradiri kepada ekonomi dagang.

b.Perubahan yang dibawa hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.Sebaliknya orang Melayu kekal seperti dahulu.

c.Perasaan tidak puas hati masyarakat Melayu dipaparkan melalui penentangan bersenjata terhadap British.

.







3. Bincangkan dasar pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

A.Pendahuluan.

Sistem pendidikan zaman penjajahan British merupakan titik permulaan kepada perubahan tradisi di Tanah Melayu. Semenjak campurtangan British di Negeri-negeri Selat mereka telah memperkenalkan corak pendidikan British iaitu sekolah vernakular yang terdiri daripada sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris.

B.Isi-isi.

1. Sekolah Melayu.

a) Mulai pertengahan kurun ke-19 sekolah Melayu mula ditubuhkan. Sekolah Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
b) Pada 1855, sebuah sekolah Melayu ditubuhkan di Bayan Lepas dan pada tahun 1856, dua buah sekolah ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.
c) Sekolah-sekolah Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa kerana mereka berasa curiga kerana mata pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak jauh di bandar.
d) Kerajaan British mengambil langkah mengadakan mata pelajaran agama Islam dan Al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah Melayu dan langkah ini berjaya menarik peningkatan pelajar kepada 9,000 orang.
e) Dasar pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan British ini memberi pelajaran minimum (membaca, menulis dan mengira) dan untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.
f) Kurikulum (Bahasa Melayu-Jawi, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan, Ilmu Alam, Sejarah, berkebun pada sebelah pagi dan Agama, Al-Quran pada sebelah petang).

2.Sekolah Cina.

a. Kurikulum yang diajar selaras dengan pendidikan yang diajar di negara China seperti Kesusasteraan Cina Klasik, Bahasa Cina, Ilmu Hisab, Sains, Nyanyian, Lukisan dan Latihan Kejuruteraan.
7.
b.Tenaga pengajar didatangkan dari negara China dan sekolah dibiayai secara persendirian oleh masyarakat Cina melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan Cina.
c.British sedar camnpurtangan dan pengaruh kerajaan China ke atas sekolah Cina di Tanah Melayu semakin meluas maka pada tahun 1920, British menguatkauasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah untuk mengawal perjalanan dan penubuhan sekolah-sekolah Cina.
d.Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina mulai
1923.
e.Terdapat sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah 6 tahun seterusnya
melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.





3.Sekolah Tamil.

a) Bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 akibat kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang getah, kopi, kelapa dan tebu.
b) Penubuhan awal sekolah Tamil bermula di Negeri-negeri Selat dan ditumpangkan di Sekolah Penang Free(1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.
c) Sekolah Tamil ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela dan didirikan di ladang-ladang getah di bawah pengurusan estet.
d) Kurikulum sekolah ini memberi kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mata pelajaran lain termasuk Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Lukisan dan Kerjatangan, Pengetahuan Am dan Pendidikan Jasmani.
e) Sekolah Tamil condong kepada negara India. Semua buku teks, kurikulum dan kebanyakan guru terlatih dibawa masuk dari India.
f) Pada tahun 1930 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia dan mengawas sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan pada 1932 dan diwujudkan semula pada 1938.

4.Sekolah Inggeris.

a) Sekolah Penang Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang pertama di Asia Tenggara. Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826 kemudian di Singapura dan di negeri-negeri Melayu yang lain.
b) Sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekolah-sekolah ini biasanya terdapat di bandar-bandar dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang didirikan oleh mubaligh Kristian, sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan sekolah Inggeris persendirian.
c) Kurikulum sekolah Inggeris berasaskan Senior Cambridge School Certificate Examination yang disusun di England. Lulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang cerah dalam bidang pekerjaan.
d) Kebanyakan pelajar terdiri daripada kaum Cina manakala golongan Melayu terdiri daripada golongan atasan. Dua tahap pendidikan iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.
e) Lulusan sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Maktab Perubatan King Edward VII di Singapura (1912), Maktab Raffles (1919) atau ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.

C.Kesimpulan

Dasar pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu telah menjadi sebab bermulanya sikap perkauman dan kurang interaksi antara kaum di Tanah Melayu.

Namun demikian kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang seragam dengan memperkenalkan Rancangan Cheeseman, Laporan Fern-Wu seterusnya Laporan Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum.



4.Bincangkan peranan penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dalam perjuangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke 20.
A. Pendahuluan

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan pada tahun 1922 dan merupakan golongan berpendidikan Melayu yang bersifat radikal sederhana. Golongan ini memainkan peranan penting dalam arena politik Tanah Melayu pada tahun 1920-1930an. Golongan ini mahu melenyapkan kuasa penjajah di Tanah Melayu. Perjuangan MPSI adalah melalui bidang bahasa dan kesusasteraan.

B. Isi-isi.
1. Menubuhkan Jabatan Karang Mengarang yang bertujuan mengeluarkan buku-buku
terjemahan,buku teks sekolah dan buku –buku bacaan umum untuk menimbulkan
semangat kebangsaan.
2. Pada tahun 1923, MPSI menerbitkan majalah Cenderamata dan majalah ini telah mendapat sambutan daripada para pelajar dan lulusan maktab ini. Majalah ini membincangkan pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu.
3 Majalah Guru diterbitkan pada tahun 1924. Majalah ini menyiarkan berbagai-bagai
rencana pendidikan, sejarah dan cerpen yang bertujuan untuk memberikan
pengajaran dan nasihat kepada para pembaca.
4. Terdapat beberapa karya sastera yang dihasilkan oleh kakitangan dan guru pelatih MPSI. Antaranya ialah Melor Kuala Lumpur Harun Aminurrashid pada tahun 1930. Novel ini menceritakan masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh orang-orang Melayu yang menekankan tugas dan kewajipan mereka dalam kehidupan moden. Novel ini adalah novel terawal diterbitkan dan memperlihatkan betapa besarnya peranan MPSI dalam membangunkan kesedaran sosial di kalangan intelek Melayu pada masa itu, iaitu guru-guru dan sekolah Melayu.
5 . Persatuan Sastera Melayu juga ditubuhkan bagi menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Banyak penulisan tentang kepincangan orang Melayu dan hasrat mereka untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah British. Orang Melayu mulai sedar bahawa mereka jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.
6. Majalah-majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur menyalurkan fahaman Jamiah
Malayu (iaitu Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia) dan fahaman anti-Penjajah.
7. Penuntut-penuntut MPSI juga menubuhkan badan-badan bercorak politik iaitu Belia
Melayu (1930-1931) dan Kesatuan Melayu Muda (1938) bagi memperjuangkan
hasrat mereka membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.
8. Beberapa orang pemimpin politik Tanah Melayu juga begitu tertarik dengan
perkembangan politik Indonesia. Antaranya Ibrahim Yaacob dan Dr Burhanuddin
Helmi. Mereka menyertai Parti Nasinalis Indonesia (PNI) dan tertarik dengan
perjuangan politik yang diasaskan oleh Sukarno.
9 Kesedaran yang lahir di kalangan penuntut MPSI telah mendorong mereka untuk
menyuarakan perasaan cintakan tanah air dan tentang kedudukan orang Melayu yang
masih mundur.

C. Kesimpulan

MPSI memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membangkitkan kesedaran semangat nasinalisme di kalangan orang Melayu. Penglibatan guru pelatih dan kakitangan MPSI merupakan satu sumbangan penting dalam gerakan awal kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.





5. Galurkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu antara tahun 1951-1957.

Pendahuluan.

Peristiwa Darurat 1948 telah mempercepatkan kemerdekaan. Pembentukan perlembagaan dan politik adalah penting untuk membanteras komunis. Perpaduan kaum telah meahirkan Parti Perikatan yang dianggotai UMNO,MCA dan MIC dan memainkan peranan penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan dicapai melalui rundingan pada 31 Ogos 1957.

Isi-isi.

1.Sistem Ahli.

a) Dimulakan dengan memperkenalkan Sistem Ahli iaitu pemimpin tempatan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
b) Taraf mereka sama dengan menteri dan menguasai jabatan seperti Dato’ Onn Jaafar (Hal Ehwal Dalam Negeri),EEC Thuraisingam(Pelajaran), Tunku Yaakob (Pertanian dan Perhutanan) dan Lee Ting Keng (Kesihatan). Ini memberi peluang kepada rakyat mendapat latihan secara demokrasi.

2.Pilihanraya Majlis-Majlis Tempatan.

a) British memperkenalkan pilihanraya sebagai usaha memberi rakyat memilih pemimpin di peringkat tempatan.
b) Pada pilihanraya pertama, 9 kerusi dipertandingkan bagi Majlis Bandaran Pulau Pinang pada Disember 1951.
c) Parti yang bertanding ialah Parti Radikal, Parti Buruh dan UMNO. Keputusannya Parti Radikal menang enam daripada sembilan kerusi.
d) Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada Februari 1952. Parti Perikatan menang sembilan daripada dua belas kerusi, IMP dua kerusi dan Parti Bebas satu kerusi..
e) Wakil yang terpilih akan membincangkan kepentingan awam dan ini merupakan pengalaman kepada mereka.


3.Pilihanraya Umum Persekutuan 1955

a) Pada 1953, Parti Perikatan menuntut agar pilihanraya diadakan bagi menempatkan wakil yang terpilih dalam Majlis Undangan Persekutuan.
b) Hasil rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan British pilihanraya umum akan diadakan pada 27 Julai 1955. Parti yang bertanding ialah Parti Perikatan, PAS, Parti Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Perak.
c) Dalam pilihanraya itu Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan PAS satu kerusi. Parti Perikatan telah diberi mandat untuk memulakan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu





4.Rundingan Kemerdekaan.

a) Ucapan Tunku Abdul Rahman dalam Majlis Undangan Persekutuan telah mendesak British mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
b) Cadangan ini mendapat bantahan daripada Sultan Johor yang menganggap tempoh ini terlalu singkat. Untuk menyelesaikannya, 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil rakyat telah pergi ke London pada tahun 1956 dan wakil British Lord Lennox Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan).
c) Hasilnya, telah ditetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan syarat British menempatkan pengkalan tentera, Tanah Melayu menyertai Komanwel, pemerintahan demokrasi berparlimen dan pembentukan Suruhanjaya Reid.



5.Suruhanjaya Reid

a) Berperanan menggubal Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Pengerusi Lord Reid, Sir Ivor jenning (Britain), Sir William McKell (Australia), B.Malik(India) dan Hakim Abd Hamid (Pakistan).
b) Persidangan diadakan sebanyak 18 kali dan suruhanjaya telah menerima 131 memorendum yang berkaitan tuntutan semua kaum yang dikenali Pakatan Murni.
c) Rang Perlembagaan diumumkan pada Februari 1957 dan ditandatangani oleh Majlis raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi serta diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Kesimpulan.

Kemerdekaan telah diisytiharkan di Stadium Merdeka oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Kemerdekaan telah membawa Tanah Melayu meneruskan pemerintahan sendiri dan mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.




















SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B
(UNTUK PANDUAN PEMERIKSA)

7. Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan Barat .

A. Pendahuluan
Dalam pemerintahan bercorak feudal bagi masyarakat di negara-negara Asia Tenggara, wujud satu hirarki di bawah pemerintahan seorang raja dan kuasa seorang pembesar wilayah yang sangat jelas. Sistem ini berbentuk piramid iaitu terdapat golongan pemerintah dan yang diperintah. Di Vietnam, masyarakat feudal terdiri daripada maharaja, golongan mandarin (cendekiawan) dan rakyat (petani) , manakala di Thailand diterajui oleh golongan Raja dan Nai dan golongan diperintah iaitu Phrai dan That.

1. Vietnam
Masyarakat feudal Vietnam terdiri daripada maharaja di puncak teratas diikuti oleh golongan cendekiawan/pentadbir dan petani. Sistem pemerintahannya merupakan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat. Golongan cendekiawan/pentadbir (mandarin) menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat. Ini diikuti golongan petani.
Dalam masyarakat tradisional Vietnam, taraf pendidikan, ijazah dan jawatan dalam pentadbiran awam serta kuasa merupakan pertimbangan penting. Syarat-syarat ini menandakan sama ada seseorang itu menjadi pegawai atau pekerja bawahan. Pendidikan berasaskan ajaran Confucius menjadi kayu ukur yang mengasingkan golongan petani dengan golongan mandarin. Golongan mandarin mempunyai kuasa besar dan berpengaruh. Mandarin bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat termasuk keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai, upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian. Hanya sebilangan kecil rakyat berpeluang menjadi golongan mandarin dan pangkat golongan mandarin tidak diwarisi.

Pada abad ke 19 masyarakat Vietnam tidak lagi terdiri daripada golongan bangsawan kerana Maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan kerabat raja. Sejak tahun 1839, semua punca pendapatan golongan ini dibayar dengan wang dan beras.
Rakyat miskin dan tidak mendapat sokongan mandarin hanya diberi pendidikan rendah supaya mereka memahami adat istiadat, kesopanan dan amalan hidup. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi sawah. Setiap kampung terlibat dalam pengkhususan seperti menenun atau membuat pertukangan tangan.

2. Thailand
Masyarakat feudal Thailand kekal dengan sistem Nai-Phrai-That dan Sakdina. Institusi raja terletak pada lapisan teratas dan di bawahnya golongan bangsawan ( Khunnang atau Chao) dan putera-putera raja yang dikenali sebai Nai atau tuan masyarakat. Di bawah Nai ialah rakyat biasa (Phrai) diikuti golongan hamba(That). Golongan Sangha juga memainkan peranan penting dalam masyarakat feudal di Thailand. Asas kepada susun lapis ialah Sakdina contohnya Raja Muda diberi 100,000 sakdina manakala That 5 sakdina.

Golongan Nai merupakan golongan kedua penting selepas raja. Mereka terdiri daripada golongan Chao atau Khunnang dan berperanan sebagai pemimpin masyarakat. Golongan Phrai dikehendaki mendaftarkan diri dengan seorang Nai yang menjadi penaung dan pelindung. Hubungan Nai Phrai lebih kepada hubungan patron-client (penaung-pelanggan). Phrai menjadi sumber kekayaan dan kekuasaan golongan Nai. Golongan Nai bertanggungjawab terhadap segala aspek kehidupan Phrai termasuk keluarganya. Jika Nai gagal menjaga kebajikan Phrainya, beliau boleh dihukum. Phrai terdiri daripada rakyat lelaki bebas. Mereka dikehendaki mendaftar diri dengan seorang Nai dan jika gagal mereka dianggap sebagai penjenayah atau orang buangan masyarakat dan tidak mempunyai harta.
hat adalah hamba kepada golongan nai atau Phrai yang kaya. Mereka tidak bebas tetapi berhak memiliki tanah dan harta. That mempunyai Sakdina sebanyak 5 rai. Tuan hamba kepada That tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas semua aspek kehidupan That kerana terdapat undang-undang yang melindung That.
Terdapat dua kelas That yang penting iaitu hamba belenggu hutang dan hamba tawanan perang. That lebih suka mengekalkan kedudukan sosial mereka kerana kehidupan That lebih senang berbanding Phrai. Sangha mempunyai kedudukan istimewa dan dikecualikan daripada sistem Nai-Phrai-That. Kedudukan sosialnya lebih tinggi dan mulia kerana sangha berperanan sebagai pendidik dalam soal keagamaan kepada semua lapisan masyarakat.
C. Kesimpulan
Struktur sosial masyarakat feudal di Vietnam mempunyai mobiliti sosial melalui peperiksaan. Anak-anak petani yang lulus peperiksaaan mempunyai peluang dilantik sebagai pegawai perkhidmatan awam. Di Thailand, lebih terikat kepada golongan bangsawan, keturunan dan kekuatan sakdina.
8. Bincangkan pelaksanaan adat masyarakat di India dan China sebelum campurtangan kuasa barat.
A. Pendahuluan
Adat dan kepercayaan merupakan satu bentuk peraturan yang bertujuan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat yang mengamalkannya bagi mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan. Sistem nilai yang terbentuk daripada adat dan kepercayaan ini berbeza mengikut masyarakat dan bangsa di negara –negara rantau Asia termasuklah negara China dan India. Antara adat yang diamalkan oleh masyarakat di negara China dan India adalah adat ibu hamil, adat perkahwinan, adat kelahiran bayi dan seumpamanya.

China
Hukum adat di China diamalkan secara meluas bermula sejak seseorang itu dilahirkan hingga pada hari kematiannya. Dalam masyarakat Cina, wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial terutama majlis perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil hingga seratus hari selepas bersalin.
Bagi wanita selepas bersalin pula mesti mengelakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah sebab dipercayai ia terlalu ‘sejuk’ atau ‘yin’ kepada sistem badan dan mungkin akan menyebabkan ibu jatuh sakit. Kekuatan mereka akan dipulihkan dengan rehat yang banyak serta makanan yang baik. Mengikut adat masyarakat Cina, seseorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia sudah berumur satu tahun dan semasa umurnya satu tahun didunia sudah dikira dua tahun.

Dalam soal perkahwinan, adat masyarakat Cina menjelaskan bahawa ia sudah diatur sejak kecil bertujuan agar hubungan keluarga tidak terputus selain untuk mengekalkan kesejahteraan dan tali persaudaraan. Pihak pengantin perempuan tidak mengadakan majlis perkahwinan sebaliknya majlis tersebut hanya diadakan pihak lelaki.

Satu adat yang penting dalam masyarakat feudal Cina adalah mempunyai anak lelaki dalam keluarga bertujuan bagi mengekal dan meneruskan nama keluarga tersebut. Ini jelas apabila dilihat seseorang anak perempuan yang berkahwin secara langsung akan memutuskan hubungan dengan keluarganya kemudian akan menggunakan nama keluarga suaminya.

Menurut adat, wanita Cina merupakan golongan yang sentiasa dikawal dan mesti tinggal di rumah. Justeru adat membebat kaki anak gadis yang berumur antara empat hingga lapan tahun dilakukan di samping untuk tujuan kecantikan. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah kecil pada satu-satu masa. Secara langsung ini akan menghalang mereka daripada berjalan jauh dari rumah.

Adat memuja roh nenek moyang menambahkan lagi peri pentingnya memperoleh anak lelaki sebab seorang bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak ada persembahan yang diletak di atas meja pujaan rohnya selepas dia meninggal dunia. Ini kerana dia dianggap telah gagal memenuhi tanggung jawab kepada bapa dan nenek. Masyarakat Cina sangat menghormati nenek moyang yang dianggap ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga. Penghormatan biasa dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru.

Adat kowtow diamalkan oleh masyarakat yang ingin mengadap raja. Adat ini adalah untuk menunjukkan tanda hormat dan pandangan tinggi terhadap seseorang raja yang dikatakan sebagai wakil tuhan di muka bumi ini.

Adat di India.
Masyarakat feudal di India sangat mementingkan adat dan kepercayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil dilarang melakukan perbuatan buruk termasuklah mengumpat, dengki, bergaduh, memaki dan seumpamanya tetapi haruslah melakukan perbuatan yang baik seperti bersembahyang dan mendengar lagu-lagu agama. Dalam tempoh ini, segala perbuatan ibu yang hamil akan mempengaruhi anak yang dikandungnya.

Dalam adat perkahwinan, khidmat golongan orang tua atau institusi keagamaan sangat penting terutama dalam memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan itu akan dilangsungkan. Hal ini bertujuan agar menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan pasangan yang akan berkahwin. Pihak keluarga perempuan yang akan menyediakan wang perkahwinan atau ‘gowri’ dan selepas berkahwin pengantin perempuan akan mengikut dan tinggal dengan keluarga lelaki.

Terdapat juga segelintir masyarakat feudal di India yang mengamalkan adat pembunuhan bayi perempuan sebab mereka menganggap perempuan akan membawa malang dalam keluarga.

Adat suttee diamalkan oleh masyarakat di India iaitu seseorang balu yang kematian suaminya perlu membakar diri mereka bersama-sama suami semasa upacara pembakaran mayat dijalankan.Ini bertujuan untuk menunjukkan kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya.Ada juga balu yang tidak mahu mati bersama suaminya namun akan dipaksa oleh keluarga dan sanak saudara yang inginkan harta benda simati.

Selain itu adat thugge juga diamal oleh masyarakat di Selatan India. Adat ini adalah pembunuhan terhadap orang awam di jalan raya atas nama Dewa Kali. Ada kumpulan –kumpulan tertentu yang akan mencekik hingga mati dan mengorbankan nyawa seseorang untuk dipersembah kepada Dewa Kali dengan tujuan untuk menjaga kesejahteraan dan kemakmuran wilayah mereka.

Kesimpulan

Hubungan antara adat dan kepercayaan sangat penting dalam membentuk nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat feudal di negara China dan India. Adat dan kepercayaan ini mempunyai peranan yang sangat besar sebagai panduan dan sempadan yang harus diikuti setiap masyarakat.

Perubahan masa dan keadaan sedikit sebanyak telah mengubah sebahagian adat dan kepercayaan yang diamalkan ini. Lebih-lebih lagi setelah berlaku campurtangan barat di negara –negara yang berkenaan di mana barat menganggap mereka yang mengamalkan adat dan kepercayaan ini adalah ortodoks dan tidak moden.













9. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat di Vietnam dan China.

Pengenalan
Vietnam dan China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan kuasa barat. Penduduk tempatan menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perlombongan, penangkapan ikan dan mencari hasil hutan untuk memenuhi keperluan sendiri. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan.

Vietnam
Sebelum campurtangan kuasa barat, ekonomi Vietnam bergantung kepada ekonomi pertanian dan sedikit perdagangan. Tanaman utama adalah padi. Selain itu, Vietnam juga mengusahakan tanaman ubi keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.

Dalam mengusahakan pertanian, Vietnam menggunakan sistem tali air. Melalui tali air ini mereka boleh mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya boleh mengusahakan pertanian. Di Vietnam Utara mereka mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.

Penananam padi di Delta Mekong berbeza dengan Vietnam Utara. Sistem tali airnya tidak sebaik Vietnam Utara di mana mereka bergantung kepada hujan. Selain itu sistem kawal banjir juga lebih rendah mutunya berbanding Vietnam Utara. Oleh sebab itu petani menjalankan penanaman padi setahun sekali di Delta Mekong.

Petani menyewa tanah untuk menjalankan pertanian, lazimnya ditindas oleh tuan tanah. Hasil tanaman setiap kampung kebanyakannya hanya cukup untuk sesuap makan sahaja. Dalam pada itu ada juga yang menjalankan perusahaan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.

China
Bergantung kepada kegiatan pertanian kerana 80% penduduknya adalah petani. Mereka mengamalkan ekonomi sara diri.

Kawasan yang subur untuk pertanian ialah di Delta Yang-Tze dan Hwang Ho. Banjir yang berlaku ketika hujan lebat bukan sahaja membawa bencana tetapi membantu menyuburkan tanah dan membolehkan petani menjalankan aktiviti pertanian mereka. Tanaman utama di kawasan ini ialah padi sawah.

Di kawasan yang kering terutama di kawasan utara China tanaman yang penting ialah sekoi, kacang tanah, gandum dan barli.

Di samping itu, aktiviti penternakan juga dijalankan. Antara haiwan yang diternak ialah ayam, khinzir, kerbau dan kuda.

Tanah dikawal sepenuhnya oleh kelas pertengahan. Golongan petani juga dikawal oleh mereka.

Orang China turut menanam sayur-sayuran sehingga melahirkan “vegetable civilization” di mana semua tanah kosong termasuk halaman rumah ditanam dengan sayur.

Kegiatan perdagangan antara kawasan adalah penting di China seperti di wilayah Fukien, Shantung, Tientsin, Peking dan Shanghai. Sungai Yang-Tze – Kiang adalah jalan perdagangan penting di China.


Kesimpulan

Sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa Barat di negara China dan Vietnam lebih banyak tertumpu kepada bidang pertanian. Penanaman padi sawah dan bukit menjadi sumber ekonomi yang utama. Kawasan pertanian pula tertumpu di kawasan lembah sungai. Ini kerana selain mempunyai tanah yang subur, ia juga menyediakan sistem pengairan yang baik. Peralatan yang digunakan masih bersifat tradisional dan dibantu oleh binatang untuk membajak sawah. Oleh itu hasil yang diperolehi hanya sedikit untuk kegunaan keluarga.

Walau bagaimanapun, sistem ekonomi tradisional telah mengalami perubahan yang mendadak setelah campurtangan kuasa barat dalam sistem politik tempatan. Kuasa Barat mula memperkenalkan sistem ekonomi komersial untuk mengaut sumber ekonomi tempatan.

































10. Bincangkan implikasi Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring(1855) di Negara-negara berkenaan.

A. Pendahuluan
Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Bowring 1855 merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh China dan Thai dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian ini telah membawa kepada bermulanya hubungan ke dua-dua negara tersebut dengan kuasa-kuasa Barat .

B. Perjanjian Nanking
1. Politik
Perjanjian ini menjadi asas kepada China dalam mengadakan perjanjian dengan kuasa-kuasa-kuasa barat yang lain seperti Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Perubahan dasar luar China daripada Dasar Tutup Pintu kepada dasar Buka Pintu.

China terpaksa membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang-pedagang asing di samping menyerahkan Hong Kong kepada British. Kekalahan China dalan perang ini dan keterpaksaannya menerima syarat-syarat Perjanjian Nanking telah menjatuhkan martabat dan maruah China di kaca mata Barat dan masyarakat China sendiri.

Masyarakat tempatan China lebih bersemangat untuk terus menentang dan menjatuhkan Dinasti Manchu dengan melancarkan beberapa pemberontakan seperti Pemberontakan Taiping 1851-1864 dan Revolusi 1911.

Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin sedar tentang perlunya negara China melaksanakan pembaharuan sehingga tercetusnya Gerakan Menguatkan Diri dan Reformasi 100 Hari.

2. Ekonomi
a. Tuntutan gantirugi perang sebanyak 21 juta tael oleh Brtish telah menjejaskan dan melemahkan ekonomi China
b. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kegiatan perdagangan China dengan negara-negara Barat semakin berkembang
c. Kemasukan barang-barang barat dengan banyaknya menjejaskan barang-barang keluaran tempatan kesan berikutnya banyak industri tempatan terpaksa ditututup
d. Peranan Cohong sebagai orang tengah telah ditamatkan seterusnya telah menutup sumber pendapatan golongan ini.


3. Sosial
a. Beberapa adat tradisi China telah dihapuskan misalnya amalan kowtow orang Barat kepada Maharaja China
b. Kemasukan mubaligh menyebabkan agama Kristian semakin berkembang di kalangan orang China dan telah menjejaskan adat resam dan agama Buddha
c. Masyarakat China khususnya golongan terpelajar semakin terdedah dengan corak pemikiran serta idea-idea Barat.

C. Perjanjian Bowring
Politik

Perjanjian ini menjadi asas perjanjian antara Siam dengan negara-negara barat yang lain seperti Perancis, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya. Berlaku perubahan dasar luar Siam daripada Dasar Tutup Pintu kepada Dasar Buka Pintu kepada negara-negara barat.

Pembukaan konsul-konsul barat ke Bangkok dan sebaliknya telah mengeratkan hubungan Siam dengan negara-negara Barat.

Hubungan erat Siam dengan negara-negara Barat dapat mengelakkan pencerobohan Barat seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Siam.

Pengambilan pakar dan penasihat daripada pelbagai negara Barat membantu Raja Mongkut melaksanakan pembaharuan dan permodenan di negara tersebut.

Ekonomi

Perjanjian Siam dengan kuasa-kuasa Barat telah membuka Siam kepada pedagang barat dan perdagangan antarabangsa. Kemasukan pelabur-pelabur barat membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi Siam daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

Berlaku perkembangan pesat dalam sektor padi, tebu dan kayu jati berikutan pembinaan kilang-kilang beras, gula dan papan oleh pemodal-pemodal Barat.

Penetapan kadar cukai import dan eksport telah menguntungkan perdagangan antara Siam dengan negara-negara Barat. Kemasukan pemodal Barat dan pengenalan ekonomi moden telah mengurangkan monopoli golongan bangsawan terhadap beberapa sumber ekonomi seperti kayu jati.

Perkembangan pelaburan barat juga mengurangkan dan telah menyaingi peranan kaum China dalam ekonomi Siam

Sosial

Raja Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja, perhambaan dan buruh kerah .

Sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dan berkembang di Siam.

Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn dengan memodenkan sistem perhubungan dan kesihatan dengan bantuan penasihat Barat.

C.Kesimpulan

Perjanjian Nanking banyak memberi kesan negetif kepada China kerana selepas perjanjian ini politik dan ekonomi China semakin lemah. Suasana ini diburukkan lagi dengan timbulnya penentangan orang China untuk menjatuhkan Manchu. Perjanjian Bowring pula memberi banyak kesan positif kerana ia bukan sahaja mempercepatkan pemodenan Siam tetapi yang lebih penting kedaulatan Siam terus dapat dipertahankan .





11. Bincangkan kesan pendudukan Jepun di Thailand dan Indonesia.

Pengenalan

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara (1941-1945) telah meninggalkan pelbagai kesan baik dan buruk kepada Thailand dan Indonesia. Thailand tidak diserang oleh Jepun sebab memberi laluan ke Asia Tenggara manakala penjajah Belanda pula berjaya di usir oleh Jepun dari Indonesia.
Thailand

a. Semasa Perang Dunia Kedua, Thailand di bawah perdana Menteri Phibun Songgaram telah mengamalkan dasar pro Jepun sebab mahu mengekalkan kemerdekaan dan yakin Jepun akan menang.

Kesannya Thailand memperoleh wilayah-wilayah Kemboja dan Laos yang dilepaskan Perancis dan Negeri Melayu Utara kepada British. Melalui dasar tersebut Thailand membenarkan Jepun menggunakan wilayahnya untuk memasuki Tanah Melayu dan Mynmar. Namun begitu dasar itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya sebab terdapat satu pergerakan bawah tanah yang anti- Jepun di bawah pimpinan Pridi Phanomyong.

Manakala di luar Thailand iaitu di Amerika Syarikat ,M.A. Seni Pramoj membentuk pergerakan “ Free Thai “. Ini adalah gerakan bawah tanah yang bekerjasama dengan Pridi untuk mengusir Jepun.

Dasar Pro Jepun mulai berubah apabila Jepun mula mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua. Pada Julai 1944 Phibun Songgaram meletakkan jawatan dan digantikan oleh Khuang Aphaiwong.

Selepas pendudukan Jepun agenda utama Thailand adalah memulihkan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Politik di Thailand (1944-1947) dipengaruhi oleh Nai Pridi Phanomyong.

Pada September 1945, Seni Pramoj dilantik menjadi Perdana Menteri baru menggantikan Khuang Aphaiwong memandangkan beliau calon paling sesuai memulihkan hubungan Thailand dengan pihak Berikat.

Thailand menandatangani perjanjian-perjanjian diplomatik dengan Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Pada 1946 Thailand diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Keadaan politik di Thailand selepas Perang Dunia Kedua adalah tidak stabil. Seni Pramoj hanya menjadi perdana menteri selama 5 bulan sahaja dan digantikan semula oleh Khuang Aphaiwong pada Januari 1946. Beliau pula hanya berkuasa selama 3 bulan sebab pada bulan Mac Pridi Phanomyong mengambil alih pemerintahan. Seterusnya Pridi digulingkan oleh Phibun Songgaram pada 1948. Akhirnya Phibun dijatuhkan oleh golongan tentera pada tahun 1957.



Indonesia

Indonesia di kuasai oleh Jepun sejak tahun 1942-1945. Dari segi pentadbiran Indonesia dibahagikan kepada 3 unit pentadbiran iaitu Sumatera, Jawa dan Indonesia Timur (Kalimantan). Jepun telah mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui golongan elit (priyayi).

Dari segi ekonomi, pendudukan Jepun mengakibatkan inflasi buruk, pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan.

Dari segi sosial, penderitaan rakyat rakyat kerana kebuluran dan taraf hidup merosot. Namun ia telah membangkitkan semangat kebangsaan Indonesia melalui kejayaannya mengusir Belanda dengan mudah dan propaganda-propaganda Jepun.

Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis Indonesia yang dipenjarakan Belanda (Sukarno dan Hatta). Membentuk PUTERA dan PETA untuk mengembangkan nasionalisme tempatan.

Jepun juga memberi latihan ketenteraan dan pentadbiran kepada golongan belia Indonesia. Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda.

Membentuk jawatankuasa persediaan kemerdekaan yang dipengerusikan Sukarno. Pancasila sebagai lambang perpaduan negara.

Selepas Jepun berundur Sukarno mengisytiharkan “kemerdekaan” Indonesia pada 17 Ogos. Maka berlakulah Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949). Kedua-dua pihak cuba membuat perdamaian/perjanjian tetapi tidak kekal lama contohnya Perjanjian Linggajati 1946 dan Perjanjian Renville 1948.

Akibat peperangan antara kedua-dua pihak menjejaskan politik dan ekonomi Asia Tenggara maka PBB terpaksa campurtangan. Ekoran tekanan PBB, maka Belanda memberikan kemerdekaan pada 27 Disember 1949.

Kerajaan sementara pimpinan Sukarno (Presiden) dan Hatta (Perdana Menteri). Ketidakstabilan politik selepas kemerdekaan merupakan ciri politik penting kerana terdapat 7 kabinet dari 1949-1958.

Kesimpulan.

Pendudukan Jepun merupakan satu titik peralihan yang mempercepatkan proses kemerdekaan Indonesia manakala Thailand dapat terus mengekalkan kemerdekaannya ekoran peraturan/dasar politiknya yang bijak oleh pemimpin-pemimpin Phibun Songgram, Pridi Phanomyong dan Seni Pramoj.









12. Huraikan sistem pemerintahan di Indonesia dan India selepas merdeka.

Pendahuluan
Indonesia merupakan negara yang telah dijajah oleh Belanda manakala India oleh British. Selepas merdeka, kedua-dua negara mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik.

Indonesia
1. Sistem pemerintahan Indonesia berbentuk republik demokrasi. Terdapat seorang Presiden dan seorang Naib Presiden. Kabinet mempunyai kuasa eksekutif. Indonesia diperintah mengikut sistem parlimen di mana kabinet bertanggungjawab kepada parlimen. Presiden Indonesia mempunyai hak memerintah seumur hidup. Demokrasi negara diatur dan dipandu oleh Presiden.

2. Parlimen mengandungi satu dewan sahaja iaitu Dewan Perwakilan Rakyat yang mempunyai ahli seramai 260 orang yang berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Dewan ini tidak mempunyai banyak kuasa untuk mengawal Presiden.

3. Terdapat 19 wilayah di Indonesia yang setiap satunya diperintah oleh Gabenor. Wilayah pula dibahagikan kepada kabupaten. Bandar kecil dan kampung ialah unit paling bawah dalam pentadbiran.


India
India merupakan sebuah negara kesatuan. Dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Presiden adalah ketua badan eksekutif tetapi kuasa pemerintahan diketuai oleh perdana menteri. Beliau dilantik untuk tempoh selama 5 tahun. Kuasa presiden adalah seperti –

a. mengetuai kuasa eksekutif
b. ketua tertinggi angkatan tentera
c. melantik perdana menteri dan ahli kabinet

Perdana Menteri mempunyai kuasa antara lain seperti berikut ;

a. ketua bahagian
b. mempunyai kuasa pemerintahan sebenar
c. membuat dasar-dasar kerajaan


Tiga unit dalam badan perundangan ialah

a. Presiden
b. Dewan Negeri ( Rajya Sabha ) dengan 250 orang ahli yang berkhidmat untuk tempoh 6 tahun. Semua ahli dipilih kecuali 12 dilantik oleh presiden
c. Dewan Rakyat ( Lok Sabha ) dengan 500 orang ahli yang berkhidmat selama 6 tahun

India dibahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh presiden untuk tempoh 5 tahun. Kerajaan pusat mempunyai kuasa ke atas negeri. Setiap negeri dibahagi kepada daerah , daerah kecil dan taluk ( tahsil ). Daerah diketuai oleh Pemungut sebagai pemungut cukai atau majistret.


Kesimpulan

Sistem pentadbiran yang tersusun dan bercorak demokrasi ini telah berjaya mewujudkan keadaan yang aman dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara masing-masing

Ia juga memberi kesan kepada kewujudan bandar-bandar baru dan sistem sosial yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.















SKEMA TAMAT

No comments:

Post a Comment