Saturday, November 21, 2009

SOALAN PERCUBAAN STPM MELAKA 2009

Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.

1. Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.
[25]

2. Perjanjian Pangkor telah dimeterai pada tahun 1874. Bincangkan kesan sistem pemerintahan yang diperkenalkan dari tahun 1874 hingga tahun 1896 di negeri-negeri Melayu. [25]

3. Bincangkan dasar pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
[25]

4. Bincangkan peranan dan sumbangan penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dalam perjuangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke 20. [25]

5. Galurkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu antara tahun 1951-1957. [25]

6. “Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun selepas merdeka merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar”. Huraikan pernyataan ini. [25]



Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

7. Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan kuasa Barat . [25]

8. Bincangkan pelaksanaan adat masyarakat di India dan China sebelum campurtangan kuasa Barat. [25]

9. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat di Vietnam dan China.
[25]

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring (1855) di Negara-negara berkenaan. [25]

11. Bincangkan kesan pendudukan Jepun di Thailand dan Indonesia. [25]

12. Huraikan sistem pemerintahan di Indonesia dan India selepas merdeka. [25]

No comments:

Post a Comment