Saturday, November 21, 2009

PANDUAN MENGAJAR TEMA 2 (BHG B)

Sejarah STPM
Bahagian B Tema 2 : (Transformasi Masyarakat)

Tajuk

Kawasan Kajian
Huraian
Catatan
2.2 Campurtangan

2.2.1 Perjanjian
2.2.2 Peperangan
2.2.3 Pengilhakan




Myanmar, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, India, China dan Jepun



Persamaan dan perbezaan, ciri, sebab dan kesan

2.3 Kesan terhadap masyarakat dan negara

2.3.1 Masyarakat berbilang kaum



2.3.2 Penentangan








2.3.3 Penerimaan dan pengubahsuaian seperti pentadbiran, undang-undang, ekonomi, adat, dan pendidikan



Myanmar, Thailand, Indonesia, Filipina

Myanmar, Vietnam, Indonesia, Filipina, India, China




Myanmar, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, India, China dan Jepun






Migrasi dan proses pembentukan masyarakat



(i) Bentuk perjuangan, kebangkitan, peperangan dan pertempuran
(ii) Sebab
(iii) Cara
(iv) Kesan

Proses dan perkembangan






Contoh Soalan STPM

Bandingkan reaksi China dengan Jepun terhadap kuasa-kuasa Barat pada pertengahan abad ke-19. (1998)
Pertembungan antara nilai barat dengan timur telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Perang Candu (1839-1842). Bincangkan. (1999)
Huraikan kesan sosial akibat campurtangan Barat terhadap kehidupan rakyat di Indonesia dan di Myanmar (Burma) (2000).
Bandingkan tindak balas China dan Jepun dalam menghadapi persaingan kuasa Barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke-20. (2000).
Bandingkan pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) dengan pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji (1868-1912) (2000).
Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa memerintah antara Maharaja Tung Chih di China dengan Maharaja Meiji di Jepun. (2000)
Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campurtangan British di India dan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1900. (2001)
Bincangkan tindak balas masyarakat pribumi terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke-19. (2001)
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke -19 (2002)
Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India pada abad ke-19. (2003)
Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19. (2004)
Huraikan perkembangan pendidikan barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama. (2004)
Sejauhmanakah ekonomi menjadi faktor terpenting campurtangan Barat di negara China dan Jepun pada abad ke –19? (2005)
Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Filipina dan India pada abad ke-19. (2005)
Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar (Burma). (2005)
Bincangkan kesan kedatangan kuasa barat terhadap perubahan ekonomi di Indonesia dan Filipina. (2006)
Analisis kesan hegemoni kuasa barat terhadap China dan Jepun pada abad ke -19.(2006)
Pertembungan antara kebudayaan barat dengan kebudayaan tempatan telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Dahagi India (1857). Bincangkan. (2007)
Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851-1868) di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853-1878) di Myanmar dalam usaha mengekalkan kemerdekaan Negara masing-masing . (2007)
Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke -19 (2008)
Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19.(2008)
Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China . Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? (2008)

No comments:

Post a Comment