Saturday, November 21, 2009

Soalan Perbincangan

Cubalah jawab soalan-soalan berikut dengan sedaya-upaya anda!!

BAHAGIAN A

1. Huraikan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.

2. Perjanjian Pangkor telah dimeterai pada tahun 1874. Bincangkan kesan sistem pemerintahan yang diperkenalkan dari tahun 1874 hingga tahun 1896 di negeri-negeri Melayu.

3. Bincangkan dasar pendidikan kolonial di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

4. Bincangkan peranan dan sumbangan penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dalam perjuangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke 20.

5. Galurkan langkah -langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu antara tahun 1951 - 1957.

6. “Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun selepas merdeka merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar”. Huraikan pernyataan ini.











BAHAGIAN B

7. Bincangkan sistem sosial masyarakat tradisional di Thailand dan Vietnam sebelum campurtangan kuasa Barat .

8. Bincangkan pelaksanaan adat masyarakat di India dan China sebelum campurtangan kuasa Barat.

9. Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat di Vietnam dan China.

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring (1855) di Negara-negara berkenaan.

11.Bincangkan kesan pendudukan Jepun di Thailand dan Indonesia.

12. Huraikan sistem pemerintahan di Indonesia dan India selepas merdeka.













SOALAN TEMA 3

1. Sejauhmanakah kemenangan Jepun dalam perang Rusia – Jepun (1905) telah berjaya membangkitkan gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara.

2. Huraikan sumbangan Sukarno dan Jose Rizal dalam perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan Filipina.

3. Bincangkan kesan pendudukan Jepun (1942-1945) terhadap masyarakat di Thailand dan Indonesia.

4. Bincangkan gerakan nasionalisme di Thailand dan Myanmar pada awal abad ke 20.

5. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada peristiwa Revolusi China (1911) dan Revolusi Thai (1932).

No comments:

Post a Comment