Assalammualaikum wbkth dan selamat sejahtera,
Tuan-tuan/Puan-puan PN yang dihormati,
Alhamdulillah sudah ramai PN yang telah bermesyuarat dengan PD. Pada beberapa minggu ini berlaku aktivitas mesyuarat antara PD dengan guru-guru di daerah. Ada juga PN yang turun padang bersama PD menyampaikan infomasi PBS kepada khalayak guru.
Sudah tentu ada pelbagai pertanyaan dari PD dan guru-guru yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai modus operandi PBS. Justeru saya ingin berkongsi dengan tuan2 persoalan yang timbul dan jawapannya. Saya berharap tuan2 dapat meneliti persoalan dan jawapan dengan baik agar menjadi panduan tuan/puan sewaktu melaksanakan tugas sebagai PN.
1. Bolehkah esei sejarah berbentuk kertas cadangan atau proposal?
Jawapannya tidak. Esei sejarah adalah esei ilmiah yang menepati bentuk penulisan sejarah.Kertas proposal berformat hanya dijadikan lampiran. Sila rujuk esei cth veterinaryang berbentuk proposal tidak menepati ciri sebuah esei. PN dan PD perlu memastikan calon tidak menghantar penghasilan yang dianggap esei sedangkan ianya adalah kertas cadangan. Hal ini perlu diambil perhatian kerana terdapat buku rujukan popular di pasaran memberikan idea esei ilmiah itu berbentuk kertas cadangan. Kita khuatir guru dan pelajar terpengaruh dengan "ajaran" ini.
2. Bolehkah pelajar menulis tajuk yang sama dengan rakan yang lain dalam sekolah yang sama?
Jawapannya tidak. Jika itu berlaku maka lebih baik MPM bagi satu tajuk yang sama untuk semua calon di Malaysia.Sebab itu kita beri tema. Malah kita bagi 4 tema. supaya pelajar2 boleh menjalan penyelidikan dengan pilihan tajuk yang pelbagai.Tidak semesti satu sekolah pilih satu tema sahaja. Jika satu sekolah pilih satu tema sahaja dan ramai pelajar ambil tajuk yang sama sahaja, hal ini menyedihkan semua pihak seperti kementerian, mpm , dan ibu bapa kerana harapan melihat guru kreatif penjana inovasi anak bangsa terkubur.Lantaran itu PN dan PD diharap dapat menyampaikan info ini dan memantau perkara ini supaya tidak berlaku. Maklumkan pada guru2 rasionalnya ketetapan ini, iaitu, mengawal plagarisme dan maklumkan PBS 940 objektif terasnya ialah mengkonstruktifkan aspek keilmuan dan kemahiran sejarah pelajar secara sihat.Namun jika ada calon yang hendak buat subjek tajuk yang sama kita benarkan tapi dengan syarat perspektif berbeza cth
Tajuk tentang sejarah tokoh P Ramlee.
Tajuk 1 : Sumbangan P Ramlee dalam industri perfileman Melayu dalam tahun 1951 hingga 1969.
Tajuk 2 : Filem Penarik Becha Arahan P Ramlee Tahun 1952: Suatu analisis pemikiran sosialis
Tajuk tentang sejarah tempat:
Tajuk 1: Sejarah bandar Kajang: Perkembangan ekonomi dari tahun 1921-1945.
Tajuk 2: Asal usul bandar Kajang: Sumber lisan warga emas Sg Kantan dan Sg Ramal Luar.
Tajuk sejarah tempat seperti kampung sendiri yang diminati oleh dua orang calon sekampung yang satu kelas.
Tajuk 1: Sejarah industri kelapa di Kampung Api2 Assam Jawa, Kuala Selangor dari
tahun 1970 hingga 1991.
Tajuk 2: Sumbangan Tuan Haji Rashid Long Ketua Kampung Kampung Api2 Assam Jawa(1989-1994)
Daripada tajuk2 cth ini, saya percaya guru2 boleh bimbing tajuk yang dibina oleh calon. Amat sukar dipercayai jika berlaku tajuk yang persis sama. Wallahualam.
Mudah2an info ini beri manafat kepada tuan/puan, Terimaksih juga usaha bersungguh2 tuan melaksanakan tugas sbg PN. Insya Allah kita berjumpa lagi.
Guru Sejarah Penjana Pendidikan Sejarah Berkualiti
Sekian terimaksih
salam cikgu , lau saya nak wat pasal muzium perang ... tajuk ape yang sesuai kat saya???
ReplyDeletecikgu boleh tolong kasi contoh bibliografi
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, saya buat mengenai YB Dato' Razali Ibrahim, saya ingin minta cadangan cikgu mengenai pemilihan tajuk yang sesuai..terima kasih..
ReplyDeletesalam cg,.. sya ingin contoh pbs sejarah satu...leh x
ReplyDeletecontoh esei..??
ReplyDeleteStrange "water hack" burns 2lbs overnight
ReplyDeleteWell over 160 000 women and men are using a easy and SECRET "liquid hack" to burn 1-2 lbs each night in their sleep.
It is effective and works on anybody.
Here's how you can do it yourself:
1) Get a drinking glass and fill it up with water half glass
2) And then learn this proven hack
and be 1-2 lbs lighter the next day!