Tuesday, September 21, 2010

Latihan Menjawab Soalan Sejarah Kertas 2

Silakan membuat latihan tambahan bagi soalan-soalan di bawah:

Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja.

1. Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga awal abad ke - 20.

2. Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat tempatan di Tanah Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

3. Bincangkan kesan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu terhadap perluasan jurang etnik sehingga Perang Dunia Kedua.

4. Jelaskan peranan akhbar dan majalah dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1920-1939.

5. Bincangkan ciri-ciri dan reaksi penduduk terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

6. Huraikan pentadbiran kerajaan pusat dan kerajaan negeri di Malaysia selepas tahun 1957.



Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.


7. Bincangkan dasar buka pintu di Negara China dan Jepun pada abad ke-19.

8. Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bowring (1855) telah meninggalkan kesan yang berbeza ke atas negara China dan Thailand. Jelaskan pernyataan ini .

9. Bincangkan peranan orang Cina dan orang India dalam perkembangan ekonomi di negara Thailand dan Myanmar.

10. Bandingkan perjuangan Katipunan di Filipina dengan Thakin di Myanmar dalam usaha mereka mengambilalih pucuk pimpinan kerajaan.

11. Bandingkan gerakan Anti-Jepun di Indonesia dan Vietnam antara tahun 1942 hingga 1945.

12. Bincangkan struktur pemerintahan di Myanmar (Burma) dan Vietnam selepas Perang Dunia Kedua.

No comments:

Post a Comment