Thursday, September 16, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1. Salam bahagia buat semua.
Ucapan selamat hari raya aidil fitri kepada semua muslimin & muslimat.
Kepada calon STPM , masa hampir tiba, teruskan dan tingkatkan usaha anda.

2. Buat semua calon di Melaka, hari ini kertas 2 dilaksanakan. Harapan saya anda semua dapat menjawab dengan baik.

SOALAN :
Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.

1. Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad ke -19. Bincangkan.

2. Bincangkan kesan politik akibat perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1874 hingga awal abad ke- 20.

3. Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

4. Bincangkan kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.

5. Galurkan perkembangan usaha-usaha mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1951 hingga tahun 1957.

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1963.


Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.

7. Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Negara Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.

8. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di Negara India dan Vietnam pada abad ke-19.

9. Bincangkan kepentingan Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Kanagawa (1854) di kedua-dua buah negara berkenaan .

10. Bandingkan matlamat Revolusi Thai 1932 dengan matlamat Revolusi China 1911 dalam usaha mewujudkan sistem pemerintahan baru di negara masing-masing.

11. Bagaimanakah pendudukan Jepun pada tahun 1942 – 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di negara Myanmar dan Indonesia?

12. Huraikan perkembangan sosio-ekonomi di negara China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

No comments:

Post a Comment